Lilypie 2nd Birthday Ticker

AoA

Daisypath Anniversary Years Ticker

Erk! Pukul Berapa ek?

Kuala Lumpur

Tuesday, February 10, 2009

Mari Berfikir....

Sedang menunggu teman bermain Zuma hahahhaha.. so isi masa untuk ajak kawan-kawan berfikir...

Perkara 1:
Delima perempuan (especially le..lelaki tak rasa sgt kot)

Sebelum kahwin ditanya bila nak kahwin
Bila dah kahwin ditanya dah ada 'isi'
Bila dah ada sorang anak ditanya pula bila nak tambah
Bila anak ramai ditanya tak merancang ke
Bila tak bertambah anak ditanya merancang ke budget

Jadi bila saya dah kahwin dan belum ber'isi', kadang-kadang rasa hati panas dapat soalan macam tu.. Ape diorg ingat kita ni kilang ke? Semua yang tertulis untuk kita adalah daripadaNya.. Belum pun setahun pulak tu.. Dan saya jenis yang berpegang setiap sesuatu ada hikmahnya. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.

Kemudian saya pun terfikir macamana lah teman-teman yang kahwin bertahun takde anak.. Lagi-lagi mendengar kawan-kawan yang kahwin baru sebulan dua sudah dapat berita gembira..Lihat anak-anak orang lain berlari, tersenyum,menangis. ini bagi kes wanita yang mahu zuriat lah ye. Kalau saya panas, mungkin diorang pedih.

Dulu saya juga antara golongan yang bertanya sedemikian di atas, tapi hanya pada yang saya budget dah kahwin lebih 1 tahun atau jarang dihubungi dan soalan saya adalah sebegini "Belum ada lagi ke?" Jika tiada jawapan, saya akan kata sabar. Jika dia menjawap, tak kira cara serius atau maleh nk layan, saya hanya senyum sebab pada saya itu cara terbaik sebab kita tak tahu apa ada dalam hati dia...

Nasihat saya pada yang hendak bertanya fikir dulu, pada yang ditanya sabar dulu.
Bagi yang ada anak saya nasihat pula jaga elok-elok. Walau saya tidak punya anak lagi, 10 orang anak saudara yang sedia ada ini pun saya sudah dapat sebahagian hikmahnya.
a) Anak adalah cermin kita. Walau kini kita seorang yang baik,warak dan sebagainya, andai satu masa dulu kita pernah nakal,degil hatta durhaka dan walau hanya sekelumit cuma negatifnya akan ada terselit dalam diri anak kita.Jika ada ramai, salah sorangnya. Lagi parah, Allah nak ingatkan kita, semua sebijik perangai kita.
b) Anak adalah ujian kita. Jika kita memang sedia baik kira pijak semut pun tak mati dari dulu, jika anak nakal jgn salahkan takdir hatta diri sendiri. Ingat Allah menyayangi insan yang penyabar.
c) Anak adalah rujukan/guru kita. Lihat anak anda, itulah generasi baru. Tidak sama dengan kita. Kita sama cara percakapan hatta perbuatan. Tidak sama cara didik. Apa yang ibu bapa kita lakukan pada kita tak semestinya sesuai untuk anak kita. Macam tv. Dulu ada kaki dan gemuk, sekarang boleh digantung dan slim. Cara kita nak tgk,nak letak juga sudah berbeza. Begitulah anak kita.
d) Anak adalah kain putih...Inilah pegangan setiap ibu bapa..dan setiap ibu bapa tentu tahu apa maksudnya.

Awa & Azam

Daisypath Next Aniversary Ticker

Let Search

Let me check it out!