Lama sungguh tak menulis di sini.... Dari bulan 11, 2007 hingga sekarang sudah 21 hari kita menempuh tahun 2008 & 12 hari menempuh 1429H...
Tahun ni tak dapat merasa bubus Asyura.. bukan ape, tak balik kampung.. Budget lari hehehe Tapi sepanjang 2 bulan menyepi ni banyak perkara yang saya lalui.
Alim kini sudah bersekolah di Sek Men Seri Menanti. Masuk2 jadi ketua kelas. Badan kecik, jgn kena buli dah le. Hari2 dipuji pandai lah ape le tup2 semalam dikejutkan result Amir yang mana pada peperiksaan akhir tahun tingkatan 1 telah mendapat 5A dan dapat biasiswa petronas. Tahniah Amir, nampaknya ada perubahan positif pada dia & harap abang dia Amin akan menurut jejaknya. Jadi, satu tamparan yang hebat pada Alim. Saya tidak mengajar dia riak, tapi itulah dia.. Saya sampai pesan pada mak, kalau jumpa cikgu dia pesan jangan dipuji sangat si Alim ni. Dia ada perangai macam saya iaitu buat kerja di sekolah, tapi dia juga ada perangai mama dia iaitu selalu tidur lepas balik sekolah. Tapi dengan adanya orang yang telaj dapat mengatasi dia, satu cabaran telah saya lemparkan. Ucapan Tahniah juga pada Kak Long.
Anak2 saudara saya memang bijak-bijak belaka. Saya harap, andai ada rezeki saya, saya juga akan mendapat anak-anak yang bijak juga. Aqil telah naik satu kelas, Arif mendapat nombor tiga kalau tak silap saya di sekolah agama & azib dalam top five ke dapat nombor 2.Aqil darjah 2 naik 3, Arif darjah 1 naik 2 & azib pra sekolah naik darjah 1. Pencapaian Aqil & Arif adalah satu kejutan. Dulu, mereka tak pandai sangat membaca kini dapat sudah mengenal pasti sebahagian bahasa Inggeris. Saya ucap tahniah juga pada Kak Uda.
Saya kini menghitung hari. InsyaAllah bulan depan cincin tersarung dijari tanda akan dimiliki dan pada 18hb Mei 2008 adalah tarikh yang dinanti2.... Bagi teman-teman yang menjengah blog ini, saya ingin berkongsi khabar yang hampir pasti ini dulu. Kini, dalam kesibukan kerja, saya juga sibuk merancang dalam sepi untuk hari itu. Gembira? Ye sudah tentu tapi gementar juga.
Emak & Abah semakin dapat menyesuaikan diri dengan keadaan kampung. Abah juga sudah mula jumpa teman2 lama. Mak begitu juga. Tapi emak memang yang paling gembira tentang berita saya & 'bulan'. Dia sudah mula memanggil kawan2 lama di Senggarang untuk memeriahkan majlis... Terharu dengan sokongan kawan2 emak di Senggarang sehingga ada yang hendak sponsor baju orang2 berangkat (uniform orang yang melayan tetamu). Murah rezeki dan itulah hikmah emak berbakti kepada kebajikan kampung dulu.
Namun, saya sentiasa berdoa hubungan ini direstui semua... sering sangat2 berdoa.
Oh, dan lagi saya kini telah menjadi penggemar novel keluaran Jemari Seni. Penangan Zahrah d Tigris hasil nukilan Khairyn, saya telah membaca Gurindam Jiwa, Labyrinth dan semalam menghabiskan novel Hlovate;aA+bB
Assalamualaikum
Permulaan pengembaraan yang satu ini mungkin dengan langkah yang longlai,
mencari semangat yang masih lagi belum ampuh.
Mungkin aku per...