Lilypie 2nd Birthday Ticker

AoA

Daisypath Anniversary Years Ticker

Erk! Pukul Berapa ek?

Kuala Lumpur

Monday, November 10, 2008

Renungan...

Memang ALLAH sengaja....

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita
dapat menjadi penilai yg baik.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita
sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan
ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita
dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita
sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita
bahawa dia bukanlah yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa
depan...

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita
dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk
mengalaminya.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita
jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita
lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita
LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai insan yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah
bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.
Hari esokpun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah
keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA, dan meninggalkan
laranganNYA. .

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hamba-NYA yg
menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA.

* EMAIL DARIPADA SAHABAT DI YAHOO GROUP..MUNGKIN PETIKAN DARIPADA MANA2..SAYA UKIRKAN DISINI UNTUK RENUNGAN BERSAMA.....

Wednesday, November 5, 2008

FYI & FYT

For your info (FYI):-

1) ari ni opis ni buat gempak kala jam 12 tghari tadi.. gara2 abby le.. biasa le opis ni gal power. 3 women & 2 girls..sibuk nk tau ape perasaan abby yg dilanda krisis dengan norman.abby di'interview' dlm WHI. kira stori of the end year..and FYI, i siap balik rumah u.. kebetulan h/phone tertinggal so selalunya pg2 dah pi ambik, ni siap tunggu tghari baru ambik hehehehe nasib baik xde kol emergency dari sape2... fuh! (bos? dia bwk org p site so dpt le cilok jap hehehehe)

2) dua org kuat xajkk1 UTMKL akan berkahwin. tahniah Zurita Zulkifli & Anuar Ibrahim (gempak x nama pengantin lelaki ni). dua2 rajin turut serta ape je yg berkaitan xajkk1. dr reunion,majlis kawin rakan2, telek bayi (ni istilah org jawa bila kita ziarah rakan2 yg dapat anak), ziarah rakan2 sakit, beraya dan mcm2 lagi lah yg berkaitan. jadi bila merpati dua sejoli yang mana tidak ada istilah cinta cuma istilah jodoh bagi mereka, akhirnya akan diijabkabulkan, maka gempak le inbox yahoo kitorg..rasanya kira wedding of the year le bg kami.. harap2 my hubby nak pegi or izinkan saya pegi...

3) hah tgk x gambo AIM CONCEPT tu...kitorg dh ada uniform so setiap Senin & Kamis kami akan pakai uniform but sob sob sob saya ni dah tertambah berat lagi... so terpaksa pkai bju for men... sedih ah..but yg beznya xde le rupa cam misi hehehehehe sbb uniform wanita tu cam baju jururawat le pulok...(pst pst khairyn ada mcm baju uniform u x? erk!)

4) baru je dpt kol drpd alim nk mohon sekolah teknik. bukan tak bagi tapi dia leh pulak bg syarat, xmo duduk hostel.kalu dpt jauh suruh carikan umah sewa... wat! mana punya undang2 dia sudah ikut ni.. yg geram tu suka buat hal time minggu tu saya kena blik umah mak mertua.. adeh! remaja2 sekarang ni... pelik tul thinking diorg..

so from FYI kita ke FYT (For your thought):-

1) saya bukan le org yg sesuai untuk bersuara tapi cuma nk bg pendapat le pasal hal2 rumah tangga..kalu silap,rakan2 yg lebih berpengalaman mohon le betulkan ye.

suami isteri mmg ada pasang surut..saya baru2 kawin pun itu ari ade gak le marah dihati tapi saya diam je sebab memang macam tu le saya bila marah..bukan marah hubby pun, marah pada abang kakak tapi marah yang amat sgt sampai xleh bercakap, bila hubby tanya xleh jawap...dia lak terasa terus majuk,menambah hati ni sakit..tapi majuk dia lepas dia pujuk saya x jawap le so saya le yg cari nahas kan..

jadi sebagai individu, kita kena nilai diri kita bila hadapi keadaan macam ni.macam kami ni, hubby mybe lum dapat tangkap macam mana keadaan saya bila dah marah amat.. yelah, saya ni mana le penah marah.sabar saya sampai ramai gak le cuba menjolok hati ni bagi panas.bila jadi gini, saya releks kan diri, buat hal sendiri. bila mak tanya cover mana yang patut. dalam hal ni, kita yg salah so saya pujuk hubby slow2. payah jugak but we have to try.. bila dah sejuk, kita explain lah.. so baru dia paham.. macam ni rupanya saya bila dah meletup.

dalam hal abby lak, kita sebgai org luar cuma mampu dengar je. jgn menilai le sebab diorg ni pun cakap selindung2. bila abby kata norman x balik, kita kena tanya kenapa dia x blik? sekarang pun kita dgr abby je, ape cerita norman ye.. dalam opis ni smua kata norman le salah. tapi bila saya tanya soalan tadi tu, tidak berjawap.. malah dalam WHI tu abby pun x tau kenapa. ape pun, kita tonton jelah kes ni. mana yang patut diambik teladan, ambik le.

2)bila kita selalu bergaul dengan orang, perkara yang menggembirakan kita turut menggembirakan orang lain malah orang2 lain ingin turut serta kongsi gembira. ini boleh jadi contoh pada rakan-rakan lain termasuk saya..

pergaulan yang sihat ini lah yang akan memberi masyarakat yang lebih makmur. dikalangan kami ni tiada masalah kenegerian & politik yang sering wujud dalam lingkungan melayu. geng xajkk1 adalah rakan2 yang ingin sentiasa seiring & mengambil tahu.kami sering berkongsi jika ada kebaikan yang boleh dikongsi bersama.. inilah yang saya kata, masyarakat melayu yang majmuk & makmur.tiada politik wang hehehehe.

3)yang ni ape ek thought nya..oooo ye beringat bila makan hahahahaha

4)remaja sekarang mmg memeningkan.. bukan menyusahkan tau tetapi mengkonpiuskan.. cara pemikiran mereka sememangnya pelik... terkadang rasa macam dapat bendung cara mereka tapi tiba-tiba rasa diluar kawalan.. yang penting, kita sebagai generasi yang lebih dahulu, ibu bapa serta org yang lebih tua, hendaklah sentiasa memohon padaNya supaya hati mereka ini sentiasa terbuka untuk menilai setiap laku mereka dan Allah tunjukkan mereka jalan yang benar dan jauhkan dari jalan yang terpesong.

Awa & Azam

Daisypath Next Aniversary Ticker

Let Search

Let me check it out!