Lilypie 2nd Birthday Ticker

AoA

Daisypath Anniversary Years Ticker

Erk! Pukul Berapa ek?

Kuala Lumpur

Sunday, February 10, 2008

Sebuah Pemberitahuan....

Renungkanlah sedalam-dalamnya. ... Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah. Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda. Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya pula, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya. Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. " Seorang teman pernah berpesan.."Kadang2 Allah sembunyikan matahari..Dia datangkan petir dan kilat..kita menangis dan tertanya-tanya,kemana hilangnya sinar..Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."

(kata2 dipetik dari previous post)

Orang bertanya tentang pilihan hati saya:
1) My first love. Seriusly my 1st love sehinggakan setiap orang yang saya jumpa selama ini ciri-ciri yang saya lihat menghampiri dia. Namun, samada Allah memakbulkan doa saya agar andai ada jodoh kami, kami akan disatukan, atau satu ujian sebagai seorang insan untuk menunjukkan keikhlasan & kesyukuran, saya tetap bersyukur tanda Allah memerhati hambaNya (Jemari Seni nak tak cerita ni ye Khairyn?)
2) Ciri-ciri dia caring, respect people & for most dia respect saya. InsyaAllah seorang yang tidak mengabaikan yang fardhu dan sering memberi satu kekuatan untuk saya sentiasa bangkit untuk melawan sebab dia kini sedang bangkit untuk melawan risiko akibat satu kesilapan.

Jadi, for anybody yang pelik kenapa saya pilih dia. Inilah jawapan saya. Mungkin selama ini saya segan untuk menyatakannya, tapi inilah sebabnya. Saya pun tidak sangka kasih ini akhirnya berbalas. Akhirnya Allah memakbulkan doa saya. Dia mungkin pernah melakukan kesilapan. Tapi sebuah kemaafan itu adalah satu nikmat yang tiada bandingan.

Selama hampir 4 tahun, 4 tahun itu dah lama kan, kami saling menyokong setiap keputusan. Dari seorang yang tidak berkerjaya, kini Azam sudah ada kedudukan yang setabil.Bukan sebab saya tapi sebab usaha & bantuan Dia. Saya hanya seorang pemberi semangat (tapi pernah juga membakar hati). Dari seorang yang mudah mengalah dalam tugas, saya pula jadi lebih tegar terutama berkaitan dengan keputusan. Juga atas jasanya membakar semangat saya untuk melawan serta menasihati setiap kesalahan. Dan mungkin kerana itulah dia juga semakin sayang pada saya, dan saya semakin menghormati dia. Dan kami pernah sama-sama mengalami sebuah pengkhianatan (dalam jangkamasa yang hampir sama), menyebabkan kami saling memahami.

Hentikanlah menghukum sesama manusia. Siapalah kita ini. Banyak riwayat yang boleh menjadi dalil kata-kata saya ini. Bukan sebab saya sayangkan dia, tapi itulah pegangan saya selama ini. Walau banyak lagi perilaku sedih,kurang ajar serta perkara negatif yang pernah berlaku pada saya or hati saya, pernahkah saya membenci...? Jika anda adalah orang itu, anda akan faham maksud saya.

Terkadang manusia tidak dapat melihat kesalahannya mereka sendiri. Tidak habis-habis menunding jari. Pernahkah anda lihat, kemana hala 4 jari lagi bila kita menunding? Atas rasa bersalah kerana menyebabkan airmata mak mengalir, saya mencuri masa untuk menulis disini. Setiap nukilan bukan saja untuk makluman tapi pedoman sesiapa pun yang mampir ke sini.

Syurga anak ditapak kaki ibu, syurga isteri ditapak kaki suami. Tetapi syurga suami itu adalah suami yang bukan saja menyayangi, mengasihi & menghormati ibu bapanya tetapi suami yang juga menyayangi & mengasihi serta meghormati kedua mertuanya.

Terkadang saya tertanya-tanya, siapakah saudara-saudara ku? Saudara-marakah atau teman-taulan seperjuangan. Siapakah antara kita yang boleh menjamin masa depan yang baik? Siapakah antara kita yang boleh menjamin syurga untuk setiap kita? Hanya yang Esa mengetahuinnya & hanya yang Esa sahaja tempat kita memohon bantuan serta pedoman. Dan dari yang Esa lah yang sentiasa memberi saya kekuatan.

Jadi kesimpulannya, saya memilih bukan sebab kasih tetapi saya juga memilih insan yang boleh memberi sokongan pada saya, menghormati orang tua saya & yang bisa menerima saya seadanya. Jika saya dianggap berkorban, salahkah saya berkorban lebih-lebih lagi saya tidak rasa terkorban. Saya sedang menggembirakan dua hati. Hati saya terutamanya (diulangi, terutamanya) & hati ibu (InsyaAllah. KepadaMu ku pohon)

Jika anda kata, tiadakah orang lain. Kenapa ye anda tidak pernah merekomen? Tak berani? Jadi inilah pilihan saya sebab untuk makluman I'm a risk taker. Tapi belum le sampe nak mencabar yang Esa. Tidak putus2 saya memohon padaNya agar dipermudahkan hidup saya ini dengan setiap keputusan yang diambil. Risiko yang saya ambil ini memang besar tetapi saya tetap ingin melaluinya sebab saya perlu beralih ranjau. Dari ranjau yang hanya lebih dari menggembirakan orang kepada kepada ranjau yang ada gembira untuk hati ini. Jahat ke saya? Ops...

Kini, saya sudah habis memberi hujah. Jawaplah pula persoalan ini:-
Pernahkah anda menangis kerana melukai hati kekasih?
Pernahkah anda menangis kerana melukai hati suami?
Pernahkah anda menangis kerana hati dilukai?
Pernahkah anda menangis kerana melukai hati ibu & ayah?
Jika semuanya pernah, kiralah nisbahnya. Menangis:melukai:disakiti. Jika nisbah yang ditengah lebih banyak daripada yang ditepi tu...Carilah jawapan jauh dari dalam diri yang telah dibekalkan ilmu agama.

p/s: jika anda mengenali kekasih saya sebelum ini. Saya nyatakan di sini, pilihan yang terkini jauh lebih baik. Sebab itu saya tidak pernah menyesal meninggalkan dia. Dan saya tegar dengan keputusan itu atas sebab dia bukan saja tidak menghormati saya tetapi keluarga saya yang hanya ditemui sekali saja. Dan jika saya kata jauh lebih baik, anda tentu faham maksud saya. Apa pun, saya hargai pendapat anda. Bukan saya ingin buang jauh terus pendapat anda, saya akan jadikan peringatan serta cabaran supaya pandangan yang negatif itu tidak jadi kenyataan. Ya Allah, aku berserah pada mu...

Awa & Azam

Daisypath Next Aniversary Ticker

Let Search

Let me check it out!