Lilypie 2nd Birthday Ticker

AoA

Daisypath Anniversary Years Ticker

Erk! Pukul Berapa ek?

Kuala Lumpur

Thursday, December 4, 2008

10 tahun dulu, kini dan 10 tahun akan datang..

Malam tadi saya dapat idea untuk cuba mengubah persepsi anak-anak buah remaja saya yang kini sedang dalam igauan enjoy dunia..

saya perlu mengatur langkah..walau saya sudah berkahwin, saya perlu untuk terus sama-sama membimbing mereka.. mereka adalah contoh pada adik-adik mereka dan mereka boleh jadi contoh akibat kelakuan negatif tetapi mereka tidak patut dibiarkan dalam kancah negatif itu..

saya pernah terfikir untuk hantar mereka mengikuti kem, tetapi mereka tak sudi. saya cuba minta ibu saya nasihatkan, mereka hanya terkedu seketika tetapi masih lagi leka. kepada saya ibu meminta pertolongan sebab mereka ini sememangnya terlalu rapat sehinggakan saya ini ibarat penjaga mereka..

maka saya senaraikan keadaan mereka 10 tahun dulu kemudian bandingkan dengan keadaan saya ketika seusia mereka.senaraikan pula keadaan mereka kini dan bandingkan dengan apa yang saya ada ketika seusia. akhir sekali saya senaraikan apakah yang mungkin terjadi pada mereka 10 tahun lagi dan apa yang saya capai pada usia yang sama.

2 masa iaitu 10 tahun dulu & kini, bila saya belek banyak sungguh kelebihan mereka dari saya. dari segi pelajaran, kemudahan & sosial. mereka sebenarnya lebih beruntung daripada saya, lebih bijak,lebih mewah & lebih ramai kawan serta yang mengambil berat. lalu saya ingin mencabar mereka supaya terus jadi lebih baik dari saya. saya perlu cabar mereka supaya buktikan bahawa selepas melakukan sebuah kesilapan, mereka masih boleh bangkit.

Mencari penawar masalah, Berdoa semuanya akan berhasil, Mengharapkan perubahan terjadi, Menunggu kesannya...

Hak Masyarakat

01/12/2008 lepas patutnya saya kena bersidanng dengan majistret Muar berkenaan saman membenarkan bawah umur menunggang motosikal. dengan mudah mereka berkata "hari ini majistret tidak bersidang, sila databg rabu minggu hadapan"

peh! dah le saya dah ambil 2 kali cuti untuk kes ini. pertama untuk selesaikan konon2 luar mahkamah le, pegi jpj..dia tak pulak bgtau 01/12/08 tu tak bersidang. (saya pergi pada 19/11/2008; 2 minggu sebelum). lepastu dengan mudah dia kata, takpe kes awak ni baru je (26/10/2008), boleh postpond sehingga Mei 2009....pada siapa patut saya repot nih... dia saman kita, kita saman dia balik hehehehehe tapi patutnya memang kena minta ganti rugi; gaji saya & suami untuk hari itu (dua2 dapat cuti ehsan sebenarnya.ikutkan cuti dah abis), sewa kereta sebab kereta suami rosak, minyak kereta...peh saya tak payah bayar saman gamaknya...

lagi satu kes pula sebagai pengguna pengangkutan awam yang menyahut seruan pencinta alam rasa tertekan apabila bas ekspress tidak mahu berhenti di Petronas Bukit Jalil.. Selalu saya degil juga mahu turun disitu tetapi banyak le soal driver tu. pertama saya bohong kata ada orang tunggu. kali kedua terus terang kata nak naik teksi, memang dia tak mahu berhenti tapi kebetulan ada seorang budak lelaki nak turun situ jugak. kali ketiga dah malas nak cakap..

alasan jalan tidak sesuai untuk berhenti dan lagi dia kata salah..pada saya memang lah salah tapi tidak ke mereka fikir keselamatan penumpang mereka. pelik? bagi seorang yang menaiki teksi, sekiranya saya turun di pudu raya, bagi mengelakkan ulat2 teksi, saya perlu berjalan dari pudu ke depan kotaraya. imagine kan ketika itu waktu adalah antara 10pm-2am.. takut tak? kawasan yang diketahui jadi tumpuan peniaga juga pencopet, PATI a.k.a foreigner senang cerita ala2 black area.

naik ulat teksi, alamatnya diorang mintak hingga RM20-RM30 sedangkan naik yang ikut meter adalah RM 7 dan after midnight RM15 (double) dan jika yang betul ikut law RM10.Sedangkan, jika saya yang duduk di kuchai ini, naik dari Petronas itu adalah RM 5-RM10. dengan petronas yang beroperasi 24jam (terang benderang), ada McD (incase kalau tiada cab menunggu leh lepak situ.) tetapi biasanya ada sebab teksi isi gas di situ.

kenapalah ye..pengusaha petronas marah ke? so, jabatan pengangkutan awam boleh le bincangkan yang terbaik untuk pengguna awam yang mana berjasa ke arah menjana ekonomi pengangkutan awam & mengurangkan karbon monoksida diudara.malah kerana takut untuk berjalan dari pudu ke kotaraya saya sanggup sekira di buka kaunter bayaran kupon teksi.teksi pula telah menjana pendapatan Petronas..fikirkanlah untuk marhain2 ini..

walaupun bas dari arah selatan akan ditempatkan di stesen bandar tasik selatan tak lama lagi(tak silap 2010 nanti), keadaan ini boleh dikaji semula sekiranya wujud ulat distesen tersebut pastinya alternatif ini masih boleh digunakan...

ada sapa2 yang boleh unjurkan pada jabatan yang terlibat :D

Awa & Azam

Daisypath Next Aniversary Ticker

Let Search

Let me check it out!