Lilypie 2nd Birthday Ticker

AoA

Daisypath Anniversary Years Ticker

Erk! Pukul Berapa ek?

Kuala Lumpur

Wednesday, October 22, 2008

jom masak..

seperti yg dijanjikan...

ayam masak merah resepi emak...

Bahan utama : 1 ekor ayam. (potong le suka mana.potong 4 ke 6 ke 8 ke 12 ke). bubuh kunyit + garam secukup rasa...sila goreng...

Bahan tumis:...blend semua....
10-20 btg cili kering (lada boh 1 cup pun ok gak)
halia 1 inch or ikut 1 ruas ibu jari anda
6 biji bawang putih
2 biji bawang besar
nak tambah bawang kecik 2 - 3 biji pun ok..
2 batang serai
3 biji tomato / 1 tin tomato puri
1/3 nenas daripada nenas yg bersaiz kecil.

Bahan lain:
2 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
1 mangkuk kecil sos cili (1/4 botol sos cili saiz kecik)
minyak masak (guna minyak dari goreng ayam itu ok, jimat & sedap)
garam secukup rasa
1/2 buka gula melaka/indonesia yg telah diracik2
kerisik segera (mak guna kerisik yang segera yg ada jual kat kedai2 runcit)

cara-cara:
panaskan minyak...tumis kayu manis,bunga lawang & cengkih
pastu masukkan semua bahan yang dah diblend & sos cili
pastu masuk le pulok ayam tadi..gaul gaul
bila dah rata, masuk lak kerisik+gula melaka...gaul-gaul lagi..

makan le dgn ape pun nasi, ketupat, roti or makan begitu saja...
rasanya akan jadi masam manis sbb ada nenas..jadi masak merah ni akan kelihatan oren sbb ada nenas...lepas tu cam ada serat2 sbb ada kerisik..pastu manis dia rasa lain skit sebab guna gula melaka...

gambo? x sempat ambik sbb cepat licin hahahahahaha..

No comments:

Awa & Azam

Daisypath Next Aniversary Ticker

Let Search

Let me check it out!