Malam tadi saya dapat idea untuk cuba mengubah persepsi anak-anak buah remaja saya yang kini sedang dalam igauan enjoy dunia..
saya perlu mengatur langkah..walau saya sudah berkahwin, saya perlu untuk terus sama-sama membimbing mereka.. mereka adalah contoh pada adik-adik mereka dan mereka boleh jadi contoh akibat kelakuan negatif tetapi mereka tidak patut dibiarkan dalam kancah negatif itu..
saya pernah terfikir untuk hantar mereka mengikuti kem, tetapi mereka tak sudi. saya cuba minta ibu saya nasihatkan, mereka hanya terkedu seketika tetapi masih lagi leka. kepada saya ibu meminta pertolongan sebab mereka ini sememangnya terlalu rapat sehinggakan saya ini ibarat penjaga mereka..
maka saya senaraikan keadaan mereka 10 tahun dulu kemudian bandingkan dengan keadaan saya ketika seusia mereka.senaraikan pula keadaan mereka kini dan bandingkan dengan apa yang saya ada ketika seusia. akhir sekali saya senaraikan apakah yang mungkin terjadi pada mereka 10 tahun lagi dan apa yang saya capai pada usia yang sama.
2 masa iaitu 10 tahun dulu & kini, bila saya belek banyak sungguh kelebihan mereka dari saya. dari segi pelajaran, kemudahan & sosial. mereka sebenarnya lebih beruntung daripada saya, lebih bijak,lebih mewah & lebih ramai kawan serta yang mengambil berat. lalu saya ingin mencabar mereka supaya terus jadi lebih baik dari saya. saya perlu cabar mereka supaya buktikan bahawa selepas melakukan sebuah kesilapan, mereka masih boleh bangkit.
Mencari penawar masalah, Berdoa semuanya akan berhasil, Mengharapkan perubahan terjadi, Menunggu kesannya...
Assalamualaikum
Permulaan pengembaraan yang satu ini mungkin dengan langkah yang longlai,
mencari semangat yang masih lagi belum ampuh.
Mungkin aku per...
3 comments:
kak our..
akak try organize anak2 org kampung atau thru masjid atau rukun tetangga or whatever.. utk join kem motivasi anjuran saye.. hehe.. eh eh serius ni.. paksa anak2 buah akak join.. ttg caj per head bisa di atur.. lokasi tu sama ada nak wat dlm kampung je (tp ada harapan budak lari) atau kalo nak keluar, saya leh uruskan jugak.. amacam?
dan ada something to share..
http://www.motivasibelajar.com/motivasi/soalan-jawapan.html
oraitzz.. chalo..
InsyaAllah..masalahnya ketua kampung pun aku tak kenal ekekekeke tp tgk le kalau geng2 kat senggarang.. situ kenal le ketua wanita umno, imam, penghulu dll.. cuma yg peliknya, dua drpd anak buah akak tu sbenonye bapak dia jaga kem jubli di tanjung labuh batu pahat. tp selalunya utk yang beruniform le buat kat situ kem motivasi x pasti le pulok..
kehkeh.. okey aje.. ktorg lum penah wat open kem lg.. tp dlm perancangan insyaAllah next year ada la.. nnt sy inpom..
Post a Comment