Lilypie 2nd Birthday Ticker

AoA

Daisypath Anniversary Years Ticker

Erk! Pukul Berapa ek?

Kuala Lumpur

Tuesday, March 17, 2009

Salam Mesra..

Salam mesra buat teman-teman..

Lama dah tak menulis ape yang saya buat dalam blog ni.. Masa yang sungguh terhad.. Ini pun saya curi sedikit masa rehat untuk mengkhabarkan keadaan diri..

Saya sihat Alhamdulillah.. Sibuk dengan keja-keja pejabat untuk dilunaskan dan priority adalah pada projek di Nilai yang sedang dalam proses 'havoc'... Jika 3 bulan lepas projek ini bergerak dgn lenggang mak limah dan kontemporary,sekarang ni sedang buat tarian shuffle.. Starting Mei pastinya akan me'reggae'kan dirinya dan tidak mustahil ia akan jadi cam tarian hip hop, quick step, samba ataupun cha cha heheheh...(bahana so u think u can dance le ni)

Family pula, my dad macam tu lah..Last week demam panas, risau dibuatnya. My mum pula as strong as always..My anak2 sedara pula macam2 habit nya..but thankful I have a wonderful and patient husband...Even his dad pun dah 2 kali masuk ward due strok & heart attack..So,weekend kami full of family matter & being together side by side always.. He the one make me stronger & happy with so many thing which come and go..

Saya juga hadapi perlabagai pendapat yang tak tersangka, pendapat seorang teman sesama teman, pendapat anak tentang ibu, pendapat adik beradik sesama mereka, pendapat ibu tentang anak dan macam2 lagi le yang ada boleh saya terima tapi byk juga yang saya tak boleh terima and make me wonder.. How can they think like that..

Itu belum lagi bercerita tentang drama politik..Bila politik dijadikan kerjaya, bila politik dijadikan jalan untuk berjaya,bila politik dibayar dengan imbuhan lumayan dan bila politik bukan lagi untuk rakyat tapi politik sudah jadi drama cerekarama yang kalau dulu kita lihat sebagai fiksyen tapi kini drama itu adalah drama realiti..

so as usual im searching for what really happen in life,praying to have the better live the day after,hoping ;i,my hubby,my family and my fren will be accepted in His heaven and waiting for the worst reality become a fantasy again.

Tuesday, February 10, 2009

Mari Berfikir....

Sedang menunggu teman bermain Zuma hahahhaha.. so isi masa untuk ajak kawan-kawan berfikir...

Perkara 1:
Delima perempuan (especially le..lelaki tak rasa sgt kot)

Sebelum kahwin ditanya bila nak kahwin
Bila dah kahwin ditanya dah ada 'isi'
Bila dah ada sorang anak ditanya pula bila nak tambah
Bila anak ramai ditanya tak merancang ke
Bila tak bertambah anak ditanya merancang ke budget

Jadi bila saya dah kahwin dan belum ber'isi', kadang-kadang rasa hati panas dapat soalan macam tu.. Ape diorg ingat kita ni kilang ke? Semua yang tertulis untuk kita adalah daripadaNya.. Belum pun setahun pulak tu.. Dan saya jenis yang berpegang setiap sesuatu ada hikmahnya. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.

Kemudian saya pun terfikir macamana lah teman-teman yang kahwin bertahun takde anak.. Lagi-lagi mendengar kawan-kawan yang kahwin baru sebulan dua sudah dapat berita gembira..Lihat anak-anak orang lain berlari, tersenyum,menangis. ini bagi kes wanita yang mahu zuriat lah ye. Kalau saya panas, mungkin diorang pedih.

Dulu saya juga antara golongan yang bertanya sedemikian di atas, tapi hanya pada yang saya budget dah kahwin lebih 1 tahun atau jarang dihubungi dan soalan saya adalah sebegini "Belum ada lagi ke?" Jika tiada jawapan, saya akan kata sabar. Jika dia menjawap, tak kira cara serius atau maleh nk layan, saya hanya senyum sebab pada saya itu cara terbaik sebab kita tak tahu apa ada dalam hati dia...

Nasihat saya pada yang hendak bertanya fikir dulu, pada yang ditanya sabar dulu.
Bagi yang ada anak saya nasihat pula jaga elok-elok. Walau saya tidak punya anak lagi, 10 orang anak saudara yang sedia ada ini pun saya sudah dapat sebahagian hikmahnya.
a) Anak adalah cermin kita. Walau kini kita seorang yang baik,warak dan sebagainya, andai satu masa dulu kita pernah nakal,degil hatta durhaka dan walau hanya sekelumit cuma negatifnya akan ada terselit dalam diri anak kita.Jika ada ramai, salah sorangnya. Lagi parah, Allah nak ingatkan kita, semua sebijik perangai kita.
b) Anak adalah ujian kita. Jika kita memang sedia baik kira pijak semut pun tak mati dari dulu, jika anak nakal jgn salahkan takdir hatta diri sendiri. Ingat Allah menyayangi insan yang penyabar.
c) Anak adalah rujukan/guru kita. Lihat anak anda, itulah generasi baru. Tidak sama dengan kita. Kita sama cara percakapan hatta perbuatan. Tidak sama cara didik. Apa yang ibu bapa kita lakukan pada kita tak semestinya sesuai untuk anak kita. Macam tv. Dulu ada kaki dan gemuk, sekarang boleh digantung dan slim. Cara kita nak tgk,nak letak juga sudah berbeza. Begitulah anak kita.
d) Anak adalah kain putih...Inilah pegangan setiap ibu bapa..dan setiap ibu bapa tentu tahu apa maksudnya.

Friday, January 30, 2009

Menukil...


Banyak cerita yang boleh aku kongsi bersama namun masa & mood tidak mengizinkan..Namun begitu akan ku nukilkan juga untuk tatapan bersama.

Mengenali facebook 'menemukan' aku dengan sahabat-sahabat lama... Teman belajar di TIGS dan rakan-rakan sepermainan di SKS.. Tidak sangka dan mereka semua juga banyak yang berjaya.. Alhamdulillah.. tentu guru-guru kami bangga.. Tidak mustahil reunion akan menyusul memandangkan ramai yang sudah berura-ura..

Bercerita tentang reunion, pada 24-25 hb Januari 2009 reunion x-ajkk1 telah berjaya diadakan di Langkawi. Walau tak ramai tapi ok le kan dapat jumpa member2 (junior2) lama.. Tapi me & my hubby nak tukar nama Pulau Langkawi jadi Pulau Menunggu.. Kenapa? Biarlah rahsia hahahahaha...

Walau reunioun hingga 25hb, me & hubby extend hingga 26hb.. Yang menariknya ialah tanpa disedari saya berjaya merakamkan detik gerhana matahari (secara realitinya ialah situasi/suasana ketika gerhana sbb matahariny x berapa le nmpk gerhana) pada jam 5.30pm.. Kami tahu ada gerhana tapi lupa waktunya..Masa tu ingatkan mendung tapi bila balik & family kakak ipar kata gerhana lepas asar, saya belek dan perasan kalau mendung mana awannya...see above...

Ape pun 2009 diharap akan membawa sinar kebahagian, kebarakahan dan keimanan yang lebih untuk aku & suami, ibu bapa kami, anak-anak saudara kami, adik beradik kami, saudara mara kami, sahabat handai kami..Amin..

Awa & Azam

Daisypath Next Aniversary Ticker

Let Search

Let me check it out!