Lilypie 2nd Birthday Ticker

AoA

Daisypath Anniversary Years Ticker

Erk! Pukul Berapa ek?

Kuala Lumpur

Thursday, January 25, 2007

Always like that...

argh.. ilang.... tadi tgh syok tulis, adjust2 terdelete hahahaha..

Aways like that sebab tiap kali nak buat kerja tentu dah kena suruh sebelum buat.. tensen gak tapi redha je lah. Dah ditakdirkan untuk bekerja dalam arahan bukan keinginan kot... (sigh!)

Mostly pasal kerja lah... Semalam aru membebel nak organised kan barang kat meja ni tup2 bos suruh beli rak... klako klako tensen pun ada. Nanti dah clear kata aku ikut arahan dia.. tensen tul tapi takpe le ek ek ek.

Ok nak lari gi balik....Hah! sebelum abis ni always like that berlaku lagi.. aku nak solat ada je yang interframe.... 10sen 10sen 10sen.....

Bye.......

for my dear beloved and only are jump

Hi There, Sweetheart
Miss U so.... much... Crying 1 i cry when feel want to be beside youLove Sick tilll i feel sick... and wish u shower me with kisses from far awayKisses... and Spray I Love You , i will always do...

Thank You

(harap abang baca sebab semalam dah bagi dia blog add)



Wednesday, January 24, 2007

Proud to be me!

Hari ni balas dendam, tulis banyak sikit. Advance le kiranya... Still in office sebab tolong buat tender. Not much to help cuma tulis spesification & senarai harga. BQ my sis Zura yang buat so me relax skit (ahaks).

Kenapa aku bangga jadi aku. mudah dan simple sebab aku adalah aku. bila aku pandang diri aku tak sama dengan orang lain. mean aku ni tak copycat... orang banyak berkata aku sabar melampau.. mungkin sebab aku lebih banyak berfikir sebelum bertindak. orang kata aku ni angguk je. Namanya arahan atau permintaan, boleh ke tak boleh ke kena lah usaha dulu baru kita tahu boleh atau tidak, siapa kita untuk menentukan keputusan. orang kata aku ni senang hati selalu, mungkin orang itu perlu banyak berkata-kata dengan diri sendiri, macam aku, jika nak kelihatan ceria selalu. Orang kata juga aku mudah diperdaya (bodoh le kot). Jika aku terpedaya aku redha dan mengharap ada yang baik akan menyusul sebab aku tahu aku pun tak sempurna.

Mak pernah berkata " jika kita tidak buat salah pada orang tapi orang itu marah atau tidak puas hati dengan kita, jangan cepat melenting sebab mungkin kita ada buat salah atau menyakiti hati orang lain dengan sengaja atau tidak. InsyaAllah kita akan jadi lebih sabar..". Percaya atau tidak, kata-kata ini dikeluarkan secara tak langsung aku dengar dikala baru pertama kali dikecewa oleh lelaki. Kata-kata tu sebenarnya mak tuju pada jiran aku dipagi hari masa sedang bungkus nasi lemak untuk jualan dan aku sedang buat kuih dadar.

Walau orang selalu kata aku ni serabut, aku memang serabut (ahaks). Untuk seorang perempuan, keadaan aku kerja dah ala-ala lelaki. Malah lebih teruk lagi, mungkin sebab aku perempuan yang memang tak reti nak kemas sangat. Nampak unorganised tapi mostly apa yang aku buat atau yang aku faham sukar juga orang lain nak faham. So, senang cerita give and take lah ye...

Terkadang aku sendiri rimas dengan diri sendiri, bukan benci tapi rimas. Cuba nak reorganised diri tapi selalu sangat wrong timing. Ingat dah finish satu kerja, tup2 dapat tugasan baru atau redo kerja tu semula sebab tak ikut requiement (aku ikut bos punya requirement hehehehe). Kadang-kadang fed-up. Tak kan le nak cuti untuk organised diri sedangkan yang perlu diorganised adalah dioffice so apa makna cuti itu.

Hidup ku adalah keluarga,kerja, cinta & kawan. Dan yang diistilah kawan disini memang adalah yang berada dekat... Boring? Not for me. Dengan keluarga yang menjangkau hingga ke mak-mak sedara dan sepupu (ni je dah berpuluh orang ni), kerja yang merangkumi sub-con, supplier selain dari rakan sekerja, cinta ehem tentulah seorang saja dan kawan.... hehehehe rasanya macam tinggal kawan kerja je..Oh ye, jiran tapi jiran tetangga kat kg pt permatang sajalah. yang di sini 'jiran' cuma pak guard, lain2 tak kenal sangat.

365 hari = 8760 jam, 3650 jam adalah kerja,kerja,kerja... mungkin cuma 1000 jam yang dihabiskan untuk keluarga,2160 jam tidur (average 6 jam tidur) hanya tinggal 1950 jam yang bermakna 5 jam sehari untuk benar2 diri sendiri... baik relax dari bergaul bersosial.. itu pendapat aku lah..tapi rasanya 2 jam daripadanya bercinta kot (ahaks). Jadi aku berehat dengan hanya menonton tv, baca conan :) (tv tadi pun silap haribulan mostly cartoon), sekali dua menonton wayang dihari minggu...

Namun, tiba-tiba rasa kerdil kerana dalam 8760 jam, rasanya hanya 400 jam aku mengadapNya..... Ya Allah, perluaskanlah masa dan bukalah hati ku dengan lebih luas untuk beribadah kepada mu...

Fikir apa saja yang hendak difikir, kata apa yang boleh dikata

Terkadang tertanya-tanya bila;

setiap perbuatan orang yang tak elok dimata & minda kita, tapi apakah pendapat mereka dan orang lain

setiap kata-kata orang yang bingit telinga kita mendengarnya, tapi apakah yang difikir oleh mereka dan orang lain

setiap perwatakan orang yang jelek dipertonton kita, tapi apakah yang dirasai oleh mereka dan orang lain

kenapa kita tertanya-tanya, sebab setiap insan punya pendapat yang berbeza
dengan pelbagai adat, perlbagai agama, pelbagai pengaruh, pelbagai persekitaran
kita punya pandangan berbeza-beza.

hingga menyebabkan kita rasa takut atau malas untuk menegur, menasihat dan mengajar
mungkin juga kerana kita rasa tak layak.....
tapi terkadang, bagi yang muslim apabila teringat surah al-Asy, kita akan mencari peluang untuk menegur, menasihat dan mengajar apa yang dirasa tak elok, bingit atau jelek.
moga peluang untuk memperbaiki yang 'rosak' akan datang

Searching, praying, hoping, waiting: mencari peluang untuk memperbaiki, berdoa peluang akan datang, mengharap ikhtiar berhasil, menunggu hasil dari muhasabah

Muhasabah diri sebelum muhasabah orang lain...... Current Mood - Happy








Banjir oh banjir

Banjir oh banjir oh banjir, rumah kita naik air eee ooo air eee ooo
Tentu ada yang familiar dengan lagu ni... (berenti jap tgh azan)

Ini keadaan di pekan Senggarang di jalan masuk ke kampung ku (belah kiri)
Ini pula sebahagian sekolah yang berada dijalan masuk ke kampung ku (belah kanan) yang mana menjadi penempatan sementara. Mangsa2 dipindahkan dari blok setingkat ke blok 3 tingkap. Secara rasminya hanya murid2 darjah enam yang bersekolah.

Ini pula didalam rumah ku... isk isk isk tak pernah banjir begini teruk...... air naik pantas dan sedihnya banjir adalah disebabkan oleh air pasang bukan kerana hujan


Ini pula diluar rumah. kereta merah tu kereta kak uda, motor yang atas kayu tu pula kereta abang uda (hubby kak uda).

Rumah ku tak pernah banjir. terpaksalah tukar peribahasa sekali empangan bah sekali kampung berubah. Tak sempat ambil gambar sepanjang kampung sebab kelam kabut mengemas rumah. Kejadian adalah pada 21/01/07 bersamaan 2 Muharram 1428. sehari sebelum naik juga air tetapi tidak masuk kerumah hanya berlegar dikeliling rumah. Mengikut laporan kak long yang merayau kesebelah dalam kampung, keadaan adalah teruk hingga separas dada pun ada. Dengan itu aku bersyukur hanya dinaiki air setinggi paras atas buku lali.
Hari yang sama aku balik ke KL... Abah dan mak aku suruh tinggal dirumah kak long sebab takut perkara yang tak diingini selain keadaan abah yang kurang sihat. kak uada sekeluarga jaga rumah. Amin dan Alim balik ke hostel di Sekolah Tinggi Batu Pahat. Namun, keesokan harinya, kelmarin ku tanya khabar mak terpaksa bermalam di S.K. Senggarang bersama Amir sebab siapa yang berdaftar untuk mangsa banjir kena tinggal di penempatan itu. Tapi mak hanya masuk ke situ selepas Isyak.
Mungkin ada yang berkata apa sangat le yang dirugikan oleh kami jika air cuma separas buku lali. Mak tak dapat meniaga, barang-barang mungkin reput, pintu rumah juga dan lain-lain. Walau sedikit dapat juga menampung sebarang kerugian. Jika mak rasa tak perlu, mak kata dia akan berikan pada kawan baik dia yang rumahnya naik hingga ke paras dada. Kami juga bersyukur satu masa dulu mak terpikir untuk naikkan bahagian tengah rumah kepada 2 tingkat, macam loteng...Boleh lah kak uda sekeluarga duk di situ... Mak tak kisah duduk kat sekolah tu, hanya tidur je kata mak.
Sememangnya aku bangga punya ibu seperti mak, Puan Hjh Satinah Hj Yamin yang sentiasa beringat & merancang. Juga bangga punya ayah seperti abah, Tuan Hj Shahir @ Sahir Hj Ahmad @ Mohd Ikwan yang sentiasa sabar & tenang. Moga Allah sentiasa memberkati, melindungi dan mengampuni kedua ibu bapa ku, ahli keluarga ku, sahabat handai ku, muslimin dan muslimat..
Banjir, sentiasa menjadi peringatan kepada manusia...









Tuesday, January 23, 2007

Muharram 1428H

Thinking Melankolik Maal Hijrah
Kedatangan Maal Hijrah, bertambah usia setiap insan yang masih bernyawa.
Walau zahirnya semakin besar, tua atau apa saja yang dapat dilihat,
mungkin juga mendapat keuzuran kurang sihat.
Walau mindanya semakin matang, berpengalaman atau apa saja perubahan pemikiran,
mungkin juga makin ketinggalan.
Namun hati perlu sentiasa muda,ceria dan tenang,
moga dijauhkan dari kerunsingan.
Agar dapat kita beramal seperti kita akan mati esok hari,
berusaha seperti kita akan hidup lebih lama lagi,
redha menghadapi ujian dan syukur menerima nikmat Ilahi,
kerna kita tidak tahu apa dihadapan kita walau hanya sesaat cuma
Fatihah buat yang telah pergi dan pohon perlindunganNya saban hari...







Awa & Azam

Daisypath Next Aniversary Ticker

Let Search

Let me check it out!