Lilypie 2nd Birthday Ticker

AoA

Daisypath Anniversary Years Ticker

Erk! Pukul Berapa ek?

Kuala Lumpur

Wednesday, January 24, 2007

Banjir oh banjir

Banjir oh banjir oh banjir, rumah kita naik air eee ooo air eee ooo
Tentu ada yang familiar dengan lagu ni... (berenti jap tgh azan)

Ini keadaan di pekan Senggarang di jalan masuk ke kampung ku (belah kiri)
Ini pula sebahagian sekolah yang berada dijalan masuk ke kampung ku (belah kanan) yang mana menjadi penempatan sementara. Mangsa2 dipindahkan dari blok setingkat ke blok 3 tingkap. Secara rasminya hanya murid2 darjah enam yang bersekolah.

Ini pula didalam rumah ku... isk isk isk tak pernah banjir begini teruk...... air naik pantas dan sedihnya banjir adalah disebabkan oleh air pasang bukan kerana hujan


Ini pula diluar rumah. kereta merah tu kereta kak uda, motor yang atas kayu tu pula kereta abang uda (hubby kak uda).

Rumah ku tak pernah banjir. terpaksalah tukar peribahasa sekali empangan bah sekali kampung berubah. Tak sempat ambil gambar sepanjang kampung sebab kelam kabut mengemas rumah. Kejadian adalah pada 21/01/07 bersamaan 2 Muharram 1428. sehari sebelum naik juga air tetapi tidak masuk kerumah hanya berlegar dikeliling rumah. Mengikut laporan kak long yang merayau kesebelah dalam kampung, keadaan adalah teruk hingga separas dada pun ada. Dengan itu aku bersyukur hanya dinaiki air setinggi paras atas buku lali.
Hari yang sama aku balik ke KL... Abah dan mak aku suruh tinggal dirumah kak long sebab takut perkara yang tak diingini selain keadaan abah yang kurang sihat. kak uada sekeluarga jaga rumah. Amin dan Alim balik ke hostel di Sekolah Tinggi Batu Pahat. Namun, keesokan harinya, kelmarin ku tanya khabar mak terpaksa bermalam di S.K. Senggarang bersama Amir sebab siapa yang berdaftar untuk mangsa banjir kena tinggal di penempatan itu. Tapi mak hanya masuk ke situ selepas Isyak.
Mungkin ada yang berkata apa sangat le yang dirugikan oleh kami jika air cuma separas buku lali. Mak tak dapat meniaga, barang-barang mungkin reput, pintu rumah juga dan lain-lain. Walau sedikit dapat juga menampung sebarang kerugian. Jika mak rasa tak perlu, mak kata dia akan berikan pada kawan baik dia yang rumahnya naik hingga ke paras dada. Kami juga bersyukur satu masa dulu mak terpikir untuk naikkan bahagian tengah rumah kepada 2 tingkat, macam loteng...Boleh lah kak uda sekeluarga duk di situ... Mak tak kisah duduk kat sekolah tu, hanya tidur je kata mak.
Sememangnya aku bangga punya ibu seperti mak, Puan Hjh Satinah Hj Yamin yang sentiasa beringat & merancang. Juga bangga punya ayah seperti abah, Tuan Hj Shahir @ Sahir Hj Ahmad @ Mohd Ikwan yang sentiasa sabar & tenang. Moga Allah sentiasa memberkati, melindungi dan mengampuni kedua ibu bapa ku, ahli keluarga ku, sahabat handai ku, muslimin dan muslimat..
Banjir, sentiasa menjadi peringatan kepada manusia...









No comments:

Awa & Azam

Daisypath Next Aniversary Ticker

Let Search

Let me check it out!