Lilypie 2nd Birthday Ticker

AoA

Daisypath Anniversary Years Ticker

Erk! Pukul Berapa ek?

Kuala Lumpur

Wednesday, January 24, 2007

Proud to be me!

Hari ni balas dendam, tulis banyak sikit. Advance le kiranya... Still in office sebab tolong buat tender. Not much to help cuma tulis spesification & senarai harga. BQ my sis Zura yang buat so me relax skit (ahaks).

Kenapa aku bangga jadi aku. mudah dan simple sebab aku adalah aku. bila aku pandang diri aku tak sama dengan orang lain. mean aku ni tak copycat... orang banyak berkata aku sabar melampau.. mungkin sebab aku lebih banyak berfikir sebelum bertindak. orang kata aku ni angguk je. Namanya arahan atau permintaan, boleh ke tak boleh ke kena lah usaha dulu baru kita tahu boleh atau tidak, siapa kita untuk menentukan keputusan. orang kata aku ni senang hati selalu, mungkin orang itu perlu banyak berkata-kata dengan diri sendiri, macam aku, jika nak kelihatan ceria selalu. Orang kata juga aku mudah diperdaya (bodoh le kot). Jika aku terpedaya aku redha dan mengharap ada yang baik akan menyusul sebab aku tahu aku pun tak sempurna.

Mak pernah berkata " jika kita tidak buat salah pada orang tapi orang itu marah atau tidak puas hati dengan kita, jangan cepat melenting sebab mungkin kita ada buat salah atau menyakiti hati orang lain dengan sengaja atau tidak. InsyaAllah kita akan jadi lebih sabar..". Percaya atau tidak, kata-kata ini dikeluarkan secara tak langsung aku dengar dikala baru pertama kali dikecewa oleh lelaki. Kata-kata tu sebenarnya mak tuju pada jiran aku dipagi hari masa sedang bungkus nasi lemak untuk jualan dan aku sedang buat kuih dadar.

Walau orang selalu kata aku ni serabut, aku memang serabut (ahaks). Untuk seorang perempuan, keadaan aku kerja dah ala-ala lelaki. Malah lebih teruk lagi, mungkin sebab aku perempuan yang memang tak reti nak kemas sangat. Nampak unorganised tapi mostly apa yang aku buat atau yang aku faham sukar juga orang lain nak faham. So, senang cerita give and take lah ye...

Terkadang aku sendiri rimas dengan diri sendiri, bukan benci tapi rimas. Cuba nak reorganised diri tapi selalu sangat wrong timing. Ingat dah finish satu kerja, tup2 dapat tugasan baru atau redo kerja tu semula sebab tak ikut requiement (aku ikut bos punya requirement hehehehe). Kadang-kadang fed-up. Tak kan le nak cuti untuk organised diri sedangkan yang perlu diorganised adalah dioffice so apa makna cuti itu.

Hidup ku adalah keluarga,kerja, cinta & kawan. Dan yang diistilah kawan disini memang adalah yang berada dekat... Boring? Not for me. Dengan keluarga yang menjangkau hingga ke mak-mak sedara dan sepupu (ni je dah berpuluh orang ni), kerja yang merangkumi sub-con, supplier selain dari rakan sekerja, cinta ehem tentulah seorang saja dan kawan.... hehehehe rasanya macam tinggal kawan kerja je..Oh ye, jiran tapi jiran tetangga kat kg pt permatang sajalah. yang di sini 'jiran' cuma pak guard, lain2 tak kenal sangat.

365 hari = 8760 jam, 3650 jam adalah kerja,kerja,kerja... mungkin cuma 1000 jam yang dihabiskan untuk keluarga,2160 jam tidur (average 6 jam tidur) hanya tinggal 1950 jam yang bermakna 5 jam sehari untuk benar2 diri sendiri... baik relax dari bergaul bersosial.. itu pendapat aku lah..tapi rasanya 2 jam daripadanya bercinta kot (ahaks). Jadi aku berehat dengan hanya menonton tv, baca conan :) (tv tadi pun silap haribulan mostly cartoon), sekali dua menonton wayang dihari minggu...

Namun, tiba-tiba rasa kerdil kerana dalam 8760 jam, rasanya hanya 400 jam aku mengadapNya..... Ya Allah, perluaskanlah masa dan bukalah hati ku dengan lebih luas untuk beribadah kepada mu...

No comments:

Awa & Azam

Daisypath Next Aniversary Ticker

Let Search

Let me check it out!