Lilypie 2nd Birthday Ticker

AoA

Daisypath Anniversary Years Ticker

Erk! Pukul Berapa ek?

Kuala Lumpur

Tuesday, August 7, 2007

UHUK UHUK UHUK

Kenape batuk? Ooooo saya ngata.... Sorry....

Semalam pergi JB. Tidak dirancang tapi nasib menumpang.. Bos marah? Mungkin tapi kebetulan beberapa kerja saya yang urgent saya bawa balik kampung untuk semakan. OTW ke kampung Muar pun saya pangku kerja.. Ye, saya boleh membaca didalam kereta malah boleh menulis juga.

Maka, tolong juga mana yang patut masa di sana,tapi entah le.. tak guna kot hehehe namun begitu saya tolong juga. Sekurang-kurangnya saya dapat temankan member ni balik KL. Kalau tak, tentu pagi tadi dia baru balik ke KL. Namun, ada kisah panas hati saya alami.

Manusia berubah, saya akui. Saya juga berubah tapi saya rasa perubahan itu biarlah berperi kemanusiaan dan masih tahu dimana kaki kita berdiri. Dari jauh kami datang, saya pun teringin juga nak tengok site lain, namun bila orang yang ada disitu buat tak layan je sapa tak sakit hati.

Apakah dia ingat sudah penuh ilmu didada? Saya bukan hendak menabik dada tapi terkadang saya rasa dah terlebih ilmu tetapi saya sedar saya berdiri dimana. Ilmu saya banyak tapi perlbagai dan bila dilihat ia adalah sekecil hama saja. Saya berkerja selain untuk mendapatkan gaji untuk meneruskan kehidupan dunia, namun sering saya semat dihati, kerja itu ibadat. Berusaha untuk menjalani kehidupan dunia ini hatta bila kita kentut pun ibadat. (kentut itu mengeluarkan udara dari badan untuk kesihatan badan itu mendatangkan kebaikan pada badan sebab itu ia juga boleh dikira ibadat). Setiap langkah kita adalah ibadat. Maka, seberapa yang kita terima itu, itulah hasil ibadat kita yang dapat kita lihat didunia ini, iaitu gaji. Walau kecil, saya memohon padaNya agar pahalanya adalah besar.

Kenapa insan terlalu berkira dengan wang yang dikeluarkan? Kenapa insan itu sekarang semakin sombong dan gah? Apakah dia rasa hidup ini wang semata? Orang sering ingin menjadi jutawan, saya juga pernah berfikir untuk jadi jutawan. Tetapi saya sering berfikir untuk apakah ia? Wang buat kita rasa gah. Kemewahan buat kita rasa kita dipuncak dunia. Bahagiakah kita? Kenapa imam itu hidup sederhana, masih punya zuriat yang berjaya yang mana mewah nya juga bukanlah terperi lihatnya. Tetapi mereka tenang, manis dan sedap dipandang.

Saya hanya berfikir untuk mengumpul harta agar generasi saya akan datang tidak melarat. Sekurang-kurang dapat membantu walau hanya sebungkus nasi lemak pengalas perut dan segelas air sirap menghilang dahaga insan yang kurang upaya. Itu juga yang emak abah ajar. Saya dibesarkan oleh ayah yang bergaji 500 dan emak yang menggunakan kebolehan tradisinya membuat tempe masa saya sekolah rendah. Bila masuk sekolah menengah saya dibesarkan pula oleh duit berniaga gerai makan dan batang buruk, tempahan raya. Sehinggalah saya habis belajar di UTM. Lepas setahun saya bekerja, emak tidak meniaga lagi tapi mengambil tempahan kuih, nasi lemak dan juga setahun sekali masih lagi dengan batang buruk, kuih koya (putu kacang), mini popia dan lain-lain. Tentu ada yang tertanya2 apa abah saya buat, dia membantu ibu, maaf abah tetapi abah tiada kebolehan untuk berniaga jadi dia sentiasa menyokong ibu saya. Membantu mana yang boleh sebab abah telah bersara ketika saya mula sek. menengah.

Walau nampak abah macam tu, dialah anatara insan yang saya kagumi sebab dia seorang yang penyabar, pergi masjid setiap waktu (beruntung sungguh emak saya), jarang mengata orang. Kadang-kadang je dia bercerita tentang orang lain yang mungkin mencuit hati dan kisah yang jarang berlaku tetapi kesabaran dia tercalar juga beberapa kali dengan perilaku insan-insan yang bagai tiada istilah hormat dalam diri mereka. Abah juga berharta tapi dia tak gila harta cuma kesabarannya menduga emak juga sebab mak risau harta dunia yang tidak dibahagi sebaiknya menyiksa insan yang telah pergi bila hal2 tersebut jadi perbalahan.

Abah juga dahulu ketika bekerja, saya juga lihat dia tidak berkira. Membantu mana yang perlu, beramal bersama Per. Bulan Sabit Merah. Jadi dia mudah dikenali dan didekati, peramah dan ringan tulang. Pagi pergi kerja, petang balik kerja cari daun pisang untuk bungkus tempe dan daun apa ek untuk buat ragi (lupa lak namanya). Kadang-kadang tak perlu cari daun bila enjin JPT buat kerja, banyak pokok pisang yang jadi mangsa, abah minta izin ambil daunnya. Orang kampung, mana ada tanah, situ ada saja tanamannya. Namun, abah sentiasa amal solat berjemaah. Lama saya tak berjemaah dengan dia sebab sekarang dia solat di surau. Saya ingat kata-kata abah lepas ambik report darjah empat kalau tak silap, sambil naik basikal dia kata "belajar rajin2 ye.. senang nanti tak payah nak susah-susah buat kerja" Masa tu 1st time saya dapat nombor satu. Abah.. sekarang kerja adik nampak mudah tapi adik masih perlu kuat bekerja cuma adik tak perlu kerah tenaga macam abah... Adik ingat kepayahan abah dulu, tapi kepayahan itulah yang buat adik sentiasa bersyukur dengan keadaan kini. Terima kasih abah. Maaf sebab tak jadi doktor/jururawat...

Apa pun, dari kehidupan yang saya lalui, saya gembira dengan kesederhanaan yang saya ada. Saya tak dapat bayangkan kebahagiaan yang bagaimana dilalui oleh insan yang mewah. Sebab, hanya segelintir insan yang mewah yang boleh dijadikan idola malah mereka yang mewah juga bila menyedari kebahagiaaan hidup sederhana, mereka sanggup melepaskan kemewahan mereka. Ini bukan 'anggur masam' tapi inilah prinsip saya yang buat saya bertahan dengan kerja yang pada saya usaha berlebihan berbanding hasilnya. Jangan kata saya mengeluh, malah saya akui saya mengadu pada emak tentang apa yang saya lalui. Hanya meluah rasa. Dia juga menasihatkan mengundurlah kalau dah tak daya. Saya juga nyatakan saya nak jadi macam dia, meneruskan tradisi tempe, batang buruk serta koya. Terus emak saya galakkan dan berkata ada insan yang akan ajarkan cara untuk buat tauhu. Alhamdulillah.. Hasil berbuat baik sesama insan...

Mungkin saya akan mewah satu masa nanti bila saya meneruskan tradisi itu semula tetapi saya bermohon agar saya tidak lupa bersyukur, zakat, bersedekah, berkongsi dan terus bersederhana (wasadtiah).. InsyaAllah saya akan teruskan cara hidup berkongsi mana yang mampu seperti sekarang.

Buat insan yang berkira dengan setiap perilaku/wang, kiralah wang anda itu adakah wang itu sebanyak pahala yang anda rasa anda ada? Apakah zuriat anda akan jadi generasi yang bertaqwa atau menjadi generasi firaun? Fikir fikirkan lah dan selamat beramal...

No comments:

Awa & Azam

Daisypath Next Aniversary Ticker

Let Search

Let me check it out!