Lilypie 2nd Birthday Ticker

AoA

Daisypath Anniversary Years Ticker

Erk! Pukul Berapa ek?

Kuala Lumpur

Friday, March 14, 2008

Tsunami Perubahan....2

Kali ni, saya tak mahu untuk ketinggalan dalam demam pilihanraya...

Hari in genap seminggu kehangatan keputusan pilihanraya.... Minggu lepas 1st time saya sibuk menunggu didepan tv sehingga 4pg.... huhuhuhu bukan ape, keputusan seawal 9pm sudah cukup untuk membuat saya terpaku & terpatri di atas simen di depan tv. Tapi dalam kul 11pm terpaksa cabut jugak punggung sebab nak hantar mak abah balik Muar bersama anak-anak sedara... Tapi pastu sambung balik lekat kat lantai papan umah Muar.

Peh......!!! itu perkataan pertama kuar dari mulut saya.. Biar benar orang utara ni.. Dulu demam bola pun saya x kronik macam ni duk depan TV. Mula-mula kat Senggarang tgk TV3,kat Muar tgk TV9... Syok dengar 'tuan besar' tu memberi soalan kepada 'sidekick'2 dia berkenaan keputusan semasa dengan keputusan PRU 11.

Tsunami perubahan melanda negara Malaysia juga bagi mengejut pemimpin2 yang terlena dalam kesenangan... Sepatutnya dulu parti-parti ini tak patut dipanggil pembangkang sebab sekarang bila BN dipanggil pembangkang cam pelik lidah le pulok. Patutnya panggil parti saingan heheheh boleh ke?

Bagi penyokong2 fanatik BN, nasib baik le famili saya tak fanatik(penyokong BN yang bersikap rasional & undi adalah rahsia hehehehehe) mereka terkejut terutama penyokong di Selangor (sebab dalam opis ni antara Johor & Selangor sahaja. So, Johor menang maybe x rasa sgt kot). Saya lak diterap untuk undi calon, bukan parti. Masa mengundi pun leh salam-salam je penyokong2 parti yang bertanding. Dalam famili pun sama, lantak nak ikut parti mana yang penting ikatan famili wonderful hehehehe berbahas pun kalu yang lantang berkata2 itu mula, yang lain diam. Mak saya pun kata, inilah akibat bila politik dah jadi tempat cari makan bukan tempat menjaga kebajikan masyarakat...Pengundi pun ambik je huluran yang diberi tapi pengundi itu manusia betul tak? Hati manusia siapalah yang tau. Hati adik beradik yang sedarah sedaging serta dari rahim yang sama pun susah nak baca..

Nasib baik juga BN masih lagi pegang kerajaan pusat. Anggap ini peluang yang mungkin peluang terakhir. Macam seorang pembaca akhbar berkata (dipetik dari sinar harian 12/03) " Orang yang mengundi pembangkang, tidak mengundi BN, adalah orang yang tidak menghargai sejarah." Saya mengulum senyum sambil hati berkata... Adakah pejuang politik kini adalah pejuang yang masih mempunyai niat & mentaliti yang sama dengan yang lama. Sedangkan anak-anak sekarang tak punya mentaliti yang sama dengan kita termasuklah kita yang tidak punya mentaliti yang sama dengan ibu bapa kita.

"Iman tak dapat diwarisi, dari seorang ayah yang bertaqwa" (lirik lagu Raihan). Jadi adakah niat hati itu diwarisi oleh semua orang. Saya pun bukan lah seorang yang begitu patriotik, sehingga saya berfikir adakah saya sanggup untuk berperang. Saya tabik kepada kawan2 yang sanggup kerja askar hatta pelatih PLKN (u know u) yang sanggup mempertahankan negara serta mendidik adik2 @ anak2 supaya cintakan diri sendiri, negara & agama. Tapi realitinya, mereka yang hidup dalam dunia itu juga tahu ada dikalangan mereka hanya bersama-sama untuk survive dalam kehidupan.

Wajarkah sejarah dijadikan panduan hidup? Rujukan mungkin boleh tetapi bukan panduan. (Buku panduan talipon pun berubah berdasarkan maklumat & pertambahan...)

So, bangunlah dari lena...
Perjuangan dunia tidak pernah selesai selagi masih bernafas,

Kedudukan datang dengan tanggungjawab,laksanakan,
Tanggungjawab datang dengan hukuman,terimalah,

Kehidupan datang dengan kematian,bersedialah,
kematian datang dengan hukuman,beringatlah.

Jangan! Mencari tanpa arah, berdoa tanpa iman, mengharap tanpa usaha dan menunggu tanpa sabar.....

Salam sayang buat semua orang Malaysia, Salam kasih buat semua muslim/muslimah....

(peh cam bagi taklimat le pulok..Sebelum pilihanraya saya sempat bagi taklimat masterkey.. percaya atau tidak, saya x nervous...sedangkan taklimat itu bukan sepatutnya saya yang bagi. Tapi hati saya cukup nervous masa nak mengundi sampai terbagi kad touch n go wakakakakaka malu seh......nape le kaler dia sama..sementara berbaris dah standby, hulur2 merah muka jap... adeh!parah! itu hari 'lupa' nama, kali ni 'lupa' i.c..tepuklah dahi, paisey!)

Tsunami Perubahan.....

Last post, saya bercerita tentang tsunami yang melanda diri. Namun, Alhamdulillah saya semakin boleh go along the road of life which i choose. Berbagai juga perkara yang berlaku dalam jangkawaktu itu.

Ini pula tsunami dalam keluarga...

Pada 17hb Feb. saya selamat bertunang..Hepi? Yes.. Tapi pada 21hb Feb saya dapat panggilan dari mak, abah tak mau bercakap. Pada hari sebelumnya dia ada check-up. Is there anything wrong,dalam minda berfikir,call HB Batu Pahat untuk dapatkan kepastian, nurse kata mungkin dia penat tapi pesan jika betul dia jatuh, sebab mak perasan belakang tangan kira dia luka, nurse minta kami bawa dia ke wad kecemasan. Mulanya relief tapi dalam masa yang sama saya gesa juga abang Ngah untuk call mak sebab pada tengaharinya mak kata abah buang air di dapur, lost direction.

Pada petang itu, abg Ngah bawa ke HB Muar sebab masa dia sampai selepas kak long & kak uda sampai didapati rupa-rupanya abah tidak boleh bercakap.Masuk ER then masuk wad. Minor strok. Me? Here? dah macam orang hilang arah...Dalam kerunsingan semalam, jam 7am hantar SM pada bos, "bos i need EL. my dad got minor strock & admitted". EL pun dah macam half day sbb lepas Zohor baru balik sebab banyak keje yang KIV due cuti pada minggu sebelum.

Sampai Muar, terus pergi HB Muar abang yang ambik.. Sayu lihat keadaan abah.. Till now bila ingat tentu berair mata.Jadi saya jaga kejap sementara mak balik untuk mandi dan solat Maghrib. Saya bukan lah seorang anak yang terlalu baik. Even my fiance pun kata, dulu abah sihat tak mo urut kaki. That right. Sampailah pada masa tu saya teringat kalau dulu saya balik dari sekolah terutama sekali bila saya ada sukan termasuk latihan bola jaring, dia lah yang urut kaki saya malam-malam walau tanpa dipinta.Sebab tu dia perasan besar nya kaki saya sekarang hehehehe macam kayu balak kata dia huhuhuhu..kalau di lihat, abah seorang bapa yang senyap saja...sayang dalam senyap... so bila kini dia terlalu senyap pun cukup sadis rasanya.Tapi, abah adalah seorang pelawak dikalangan saudara mara & kawan-kawan, satu masa dulu mmg dia seorang pelawak, jadi pada orang lain dia jauh berbezanya. Abah menyanyai kami dengan cara yang berbeza.

(Flashback: Kami betul-betul dimanja ketika kecil, bagi kak long & abang ngah sentiasa dibawa merata termasuk Singapura melawat keluarga di sana. Fasa kak uda & saya pula berbeza, lebih kepada material. Melawat tu ada juga tetapi dah kurang sikit sebab mungkin abah dah berusia. Bekerja dengan JPT (kini JPS) sebagai kelindan enjin bukan mudah & memenatkan kemudian balik cari daun pisang untuk buat tempe. Mungkin sebab kami dah besar, perlu bersekolah, memerlukan kos yang lebih.Maghrib kami berjemaah & Isyak abah ke surau. Belum lagi kalau dia terpaksa bekerja jauh dari rumah, tentu dia balik penat sangat. Jadi cuma malam sajalah dia dapat meluangkan masa tgk tv bersama sambil urut kaki saya or kak uda....itu pun sambil-sambil siat daun pisang or potong kertas tempe...)

So, tiga hari dari 21-23 saya bergilir jaga abah terutama waktu malam tapi saya tak cukup berani untuk tidur di hospital..Sori mak.. Jadi saya akan jaga pada siang hari hingga pukul 1am. Pada 22hb tu boleh juga dia sebut nama saya, AWA, maybe sebab senang nak sebut tapi yang lain terpaksa meneka-neka. Ada masa, dia lost menyebabkan tak boleh ditinggal..Pernah dia nak terjun katil sebab katil dia dinaikkan pagarnya bagi mengelakkan dia merayau & jatuh. Saya tahu dia tak tahan duduk dalam tu tapi apa boleh kami buat.Petang Sabtu itu my fiance datang so ajak dia belikan kerusi malas untuk mak termasuk kipas. Tiba di Giant, sepupu saya nampak jam dia kata "belikan wak sahir jam kak wa. dia kan tido dengan jam" terus kepala saya keluar tanda seru, adakah jam yang dia cari setiap kali dia tercari-cari. sampai kami kebingungan dan menangis sebab masa tu dia memag betul-betul lost with anger.

Balik tu, abah tido,mak pulak dah standby nak balik rumah abang untuk mandi & rehat sekejap. Jam saya letak ditepi bantal dia. Saya rasa dahi abah, dia demam sikit... Bila dia terjaga, dia mula mencari lagi dan saya berikan jam. terus dia belek, senyum then tekan-tekan mana patut... Yes.. dia cari jam...Thanks Azrul my cousin...nasib le dia ingatkan kami. Mak pun tgh malam tu datang bawak jam sebab saya bercerita pasal Azrul suruh beli jam,dia ingat saya belum beli. So, abah saya ada dua jam dan dia suka sangat..

Hari Ahad, saya berat nak balik. Bas pukul 6.30pm. Macamana lah mak nak jaga sorang-sorang ni...Tapi abang Ngah janji dia cuti keesokan hari dan jika perlu sambung lagi. Well, he the bos senang le nak cuti hehehehe kebetulan opis dia renovate..Hari Ahad itu abah tidur je. Bangun sekejap-sekejap & bangun untuk makan. Rasanya dia kurang sihat.Saya datang agak lewat hari tu, basuh baju serta tunggu anak2 abang ngah balik dari teakwando. So saya jaga abah sekejap je sementara mak balik untuk mandi & makan tengahari.Saya,Alim & Firdaus (2 of my nephew, Firdaus anak abg ngah). 6.30pm saya naik bas dan sampai KL jam 9.30pm.Mak kata abah demam..

Hari Selasa 27/02 abah dibenarkan keluar. Tapi abah duduk umah abang.Bagi memudahkan dia dibawa ke hospital jika ada sebarang masalah lagi.02/03 barulah mak & abah balik ke kg. Dan pada 06/03 dah boleh garu belakang Alim. Ngada budak tu, nak tido mintak orang garu belakang. Itu hari sedih giler bila abah marah dia mintak garu.Tapi still, abah belum boleh berkata-kata. Sian mak, pening kadang-kadang dia nak meneka apa yang dia nak minta.

Abah tetap pergi mengundi pada 08/03 dan hari Isnin 11/03 dia sibuk nak keluarkan duit pencen. Boleh juga dia menulis sedikit. Dulu masa baru sakit dia hanya mampu menulis 2 2 2 2 tanpa kami tahu apa maksudnya. Tapi, macam main game le mak & abah sebab mak perlu teka dia nak apa. Abah juga dibawa berurut...Harap-harap beransur-ansurlah dia baik.

Masalah kesihatan abah :
Abah ada masalah pada kadar kepekatan darah. Kepekatan yang tidak normal, terlalu pekat. Ini menyebabkan darah tidak mengalir dengan baik menyebabkan darah tidak sampai dengan baik dibahagian jantung, menyebabkan sesak nafas. Tidak sampai dengan sempurna ke otak, yang menyebabkan minor strok ini, setelah discan didapati ada bahagian yang tidak sampai oksigen. Abah tiada kencing manis & darah tinggi. Abah tidak merokok jadi sepatutnya dia punya jantung sihat jadi darah dia menjadi sebab masalah yang dia hadapi kini. Ditambah dia suka minuman manis. Sepanjang dia sakit kini, disebabkan pemakanannya kami jaga sepenuhnya, kepekatan darah semakin stabil.Kini, untuk paksa dia ikut diet yang baik ialah dengan berkata abah nak masuk hospital balik ke..

Ramai yang kata abah dah nyanyuk, tapi saya kurang dapat menerima sebab dia masih boleh mengenali kami hanya bicara tidak terluah...

Semoga Allah memberkati kami dan memberi kesembuhan kepada Abah saya...Selain tingkatkanlah kesabaran kami untuk menghadapi dugaan Nya.

Mencari penawar, berdoa penawar ditemui, mengharap kemujaraban & menunggu hasilnya....

Awa & Azam

Daisypath Next Aniversary Ticker

Let Search

Let me check it out!