Ini pula tsunami dalam keluarga...
Pada 17hb Feb. saya selamat bertunang..Hepi? Yes.. Tapi pada 21hb Feb saya dapat panggilan dari mak, abah tak mau bercakap. Pada hari sebelumnya dia ada check-up. Is there anything wrong,dalam minda berfikir,call HB Batu Pahat untuk dapatkan kepastian, nurse kata mungkin dia penat tapi pesan jika betul dia jatuh, sebab mak perasan belakang tangan kira dia luka, nurse minta kami bawa dia ke wad kecemasan. Mulanya relief tapi dalam masa yang sama saya gesa juga abang Ngah untuk call mak sebab pada tengaharinya mak kata abah buang air di dapur, lost direction.
Pada petang itu, abg Ngah bawa ke HB Muar sebab masa dia sampai selepas kak long & kak uda sampai didapati rupa-rupanya abah tidak boleh bercakap.Masuk ER then masuk wad. Minor strok. Me? Here? dah macam orang hilang arah...Dalam kerunsingan semalam, jam 7am hantar SM pada bos, "bos i need EL. my dad got minor strock & admitted". EL pun dah macam half day sbb lepas Zohor baru balik sebab banyak keje yang KIV due cuti pada minggu sebelum.
Sampai Muar, terus pergi HB Muar abang yang ambik.. Sayu lihat keadaan abah.. Till now bila ingat tentu berair mata.Jadi saya jaga kejap sementara mak balik untuk mandi dan solat Maghrib. Saya bukan lah seorang anak yang terlalu baik. Even my fiance pun kata, dulu abah sihat tak mo urut kaki. That right. Sampailah pada masa tu saya teringat kalau dulu saya balik dari sekolah terutama sekali bila saya ada sukan termasuk latihan bola jaring, dia lah yang urut kaki saya malam-malam walau tanpa dipinta.
(Flashback: Kami betul-betul dimanja ketika kecil, bagi kak long & abang ngah sentiasa dibawa merata termasuk Singapura melawat keluarga di sana. Fasa kak uda & saya pula berbeza, lebih kepada material. Melawat tu ada juga tetapi dah kurang sikit sebab mungkin abah dah berusia. Bekerja dengan JPT (kini JPS) sebagai kelindan enjin bukan mudah & memenatkan kemudian balik cari daun pisang untuk buat tempe. Mungkin sebab kami dah besar, perlu bersekolah, memerlukan kos yang lebih.Maghrib kami berjemaah & Isyak abah ke surau. Belum lagi kalau dia terpaksa bekerja jauh dari rumah, tentu dia balik penat sangat. Jadi cuma malam sajalah dia dapat meluangkan masa tgk tv bersama sambil urut kaki saya or kak uda....itu pun sambil-sambil siat daun pisang or potong kertas tempe...)
So, tiga hari dari 21-23 saya bergilir jaga abah terutama waktu malam tapi saya tak cukup berani untuk tidur di hospital..Sori mak.. Jadi saya akan jaga pada siang hari hingga pukul 1am. Pada 22hb tu boleh juga dia sebut nama saya, AWA, maybe sebab senang nak sebut tapi yang lain terpaksa meneka-neka. Ada masa, dia lost menyebabkan tak boleh ditinggal..Pernah dia nak terjun katil sebab katil dia dinaikkan pagarnya bagi mengelakkan dia merayau & jatuh. Saya tahu dia tak tahan duduk dalam tu tapi apa boleh kami buat.Petang Sabtu itu my fiance datang so ajak dia belikan kerusi malas untuk mak termasuk kipas. Tiba di Giant, sepupu saya nampak jam dia kata "belikan wak sahir jam kak wa. dia kan tido dengan jam" terus kepala saya keluar tanda seru, adakah jam yang dia cari setiap kali dia tercari-cari. sampai kami kebingungan dan menangis sebab masa tu dia memag betul-betul lost with anger.
Balik tu, abah tido,mak pulak dah standby nak balik rumah abang untuk mandi & rehat sekejap. Jam saya letak ditepi bantal dia. Saya rasa dahi abah, dia demam sikit... Bila dia terjaga, dia mula mencari lagi dan saya berikan jam. terus dia belek, senyum then tekan-tekan mana patut... Yes.. dia cari jam...Thanks Azrul my cousin...nasib le dia ingatkan kami. Mak pun tgh malam tu datang bawak jam sebab saya bercerita pasal Azrul suruh beli jam,dia ingat saya belum beli. So, abah saya ada dua jam dan dia suka sangat..
Hari Ahad, saya berat nak balik. Bas pukul 6.30pm. Macamana lah mak nak jaga sorang-sorang ni...Tapi abang Ngah janji dia cuti keesokan hari dan jika perlu sambung lagi. Well, he the bos senang le nak cuti hehehehe kebetulan opis dia renovate..Hari Ahad itu abah tidur je. Bangun sekejap-sekejap & bangun untuk makan. Rasanya dia kurang sihat.Saya datang agak lewat hari tu, basuh baju serta tunggu anak2 abang ngah balik dari teakwando. So saya jaga abah sekejap je sementara mak balik untuk mandi & makan tengahari.Saya,Alim & Firdaus (2 of my nephew, Firdaus anak abg ngah). 6.30pm saya naik bas dan sampai KL jam 9.30pm.Mak kata abah demam..
Hari Selasa 27/02 abah dibenarkan keluar. Tapi abah duduk umah abang.Bagi memudahkan dia dibawa ke hospital jika ada sebarang masalah lagi.02/03 barulah mak & abah balik ke kg. Dan pada 06/03 dah boleh garu belakang Alim. Ngada budak tu, nak tido mintak orang garu belakang. Itu hari sedih giler bila abah marah dia mintak garu.Tapi still, abah belum boleh berkata-kata. Sian mak, pening kadang-kadang dia nak meneka apa yang dia nak minta.
Abah tetap pergi mengundi pada 08/03 dan hari Isnin 11/03 dia sibuk nak keluarkan duit pencen. Boleh juga dia menulis sedikit. Dulu masa baru sakit dia hanya mampu menulis 2 2 2 2 tanpa kami tahu apa maksudnya. Tapi, macam main game le mak & abah sebab mak perlu teka dia nak apa. Abah juga dibawa berurut...Harap-harap beransur-ansurlah dia baik.
Masalah kesihatan abah :
Abah ada masalah pada kadar kepekatan darah. Kepekatan yang tidak normal, terlalu pekat. Ini menyebabkan darah tidak mengalir dengan baik menyebabkan darah tidak sampai dengan baik dibahagian jantung, menyebabkan sesak nafas. Tidak sampai dengan sempurna ke otak, yang menyebabkan minor strok ini, setelah discan didapati ada bahagian yang tidak sampai oksigen. Abah tiada kencing manis & darah tinggi. Abah tidak merokok jadi sepatutnya dia punya jantung sihat jadi darah dia menjadi sebab masalah yang dia hadapi kini. Ditambah dia suka minuman manis. Sepanjang dia sakit kini, disebabkan pemakanannya kami jaga sepenuhnya, kepekatan darah semakin stabil.Kini, untuk paksa dia ikut diet yang baik ialah dengan berkata abah nak masuk hospital balik ke..
Ramai yang kata abah dah nyanyuk, tapi saya kurang dapat menerima sebab dia masih boleh mengenali kami hanya bicara tidak terluah...
Semoga Allah memberkati kami dan memberi kesembuhan kepada Abah saya...Selain tingkatkanlah kesabaran kami untuk menghadapi dugaan Nya.
Mencari penawar, berdoa penawar ditemui, mengharap kemujaraban & menunggu hasilnya....
No comments:
Post a Comment