Lilypie 2nd Birthday Ticker

AoA

Daisypath Anniversary Years Ticker

Erk! Pukul Berapa ek?

Kuala Lumpur

Friday, March 14, 2008

Tsunami Perubahan....2

Kali ni, saya tak mahu untuk ketinggalan dalam demam pilihanraya...

Hari in genap seminggu kehangatan keputusan pilihanraya.... Minggu lepas 1st time saya sibuk menunggu didepan tv sehingga 4pg.... huhuhuhu bukan ape, keputusan seawal 9pm sudah cukup untuk membuat saya terpaku & terpatri di atas simen di depan tv. Tapi dalam kul 11pm terpaksa cabut jugak punggung sebab nak hantar mak abah balik Muar bersama anak-anak sedara... Tapi pastu sambung balik lekat kat lantai papan umah Muar.

Peh......!!! itu perkataan pertama kuar dari mulut saya.. Biar benar orang utara ni.. Dulu demam bola pun saya x kronik macam ni duk depan TV. Mula-mula kat Senggarang tgk TV3,kat Muar tgk TV9... Syok dengar 'tuan besar' tu memberi soalan kepada 'sidekick'2 dia berkenaan keputusan semasa dengan keputusan PRU 11.

Tsunami perubahan melanda negara Malaysia juga bagi mengejut pemimpin2 yang terlena dalam kesenangan... Sepatutnya dulu parti-parti ini tak patut dipanggil pembangkang sebab sekarang bila BN dipanggil pembangkang cam pelik lidah le pulok. Patutnya panggil parti saingan heheheh boleh ke?

Bagi penyokong2 fanatik BN, nasib baik le famili saya tak fanatik(penyokong BN yang bersikap rasional & undi adalah rahsia hehehehehe) mereka terkejut terutama penyokong di Selangor (sebab dalam opis ni antara Johor & Selangor sahaja. So, Johor menang maybe x rasa sgt kot). Saya lak diterap untuk undi calon, bukan parti. Masa mengundi pun leh salam-salam je penyokong2 parti yang bertanding. Dalam famili pun sama, lantak nak ikut parti mana yang penting ikatan famili wonderful hehehehe berbahas pun kalu yang lantang berkata2 itu mula, yang lain diam. Mak saya pun kata, inilah akibat bila politik dah jadi tempat cari makan bukan tempat menjaga kebajikan masyarakat...Pengundi pun ambik je huluran yang diberi tapi pengundi itu manusia betul tak? Hati manusia siapalah yang tau. Hati adik beradik yang sedarah sedaging serta dari rahim yang sama pun susah nak baca..

Nasib baik juga BN masih lagi pegang kerajaan pusat. Anggap ini peluang yang mungkin peluang terakhir. Macam seorang pembaca akhbar berkata (dipetik dari sinar harian 12/03) " Orang yang mengundi pembangkang, tidak mengundi BN, adalah orang yang tidak menghargai sejarah." Saya mengulum senyum sambil hati berkata... Adakah pejuang politik kini adalah pejuang yang masih mempunyai niat & mentaliti yang sama dengan yang lama. Sedangkan anak-anak sekarang tak punya mentaliti yang sama dengan kita termasuklah kita yang tidak punya mentaliti yang sama dengan ibu bapa kita.

"Iman tak dapat diwarisi, dari seorang ayah yang bertaqwa" (lirik lagu Raihan). Jadi adakah niat hati itu diwarisi oleh semua orang. Saya pun bukan lah seorang yang begitu patriotik, sehingga saya berfikir adakah saya sanggup untuk berperang. Saya tabik kepada kawan2 yang sanggup kerja askar hatta pelatih PLKN (u know u) yang sanggup mempertahankan negara serta mendidik adik2 @ anak2 supaya cintakan diri sendiri, negara & agama. Tapi realitinya, mereka yang hidup dalam dunia itu juga tahu ada dikalangan mereka hanya bersama-sama untuk survive dalam kehidupan.

Wajarkah sejarah dijadikan panduan hidup? Rujukan mungkin boleh tetapi bukan panduan. (Buku panduan talipon pun berubah berdasarkan maklumat & pertambahan...)

So, bangunlah dari lena...
Perjuangan dunia tidak pernah selesai selagi masih bernafas,

Kedudukan datang dengan tanggungjawab,laksanakan,
Tanggungjawab datang dengan hukuman,terimalah,

Kehidupan datang dengan kematian,bersedialah,
kematian datang dengan hukuman,beringatlah.

Jangan! Mencari tanpa arah, berdoa tanpa iman, mengharap tanpa usaha dan menunggu tanpa sabar.....

Salam sayang buat semua orang Malaysia, Salam kasih buat semua muslim/muslimah....

(peh cam bagi taklimat le pulok..Sebelum pilihanraya saya sempat bagi taklimat masterkey.. percaya atau tidak, saya x nervous...sedangkan taklimat itu bukan sepatutnya saya yang bagi. Tapi hati saya cukup nervous masa nak mengundi sampai terbagi kad touch n go wakakakakaka malu seh......nape le kaler dia sama..sementara berbaris dah standby, hulur2 merah muka jap... adeh!parah! itu hari 'lupa' nama, kali ni 'lupa' i.c..tepuklah dahi, paisey!)

No comments:

Awa & Azam

Daisypath Next Aniversary Ticker

Let Search

Let me check it out!