Semua orang kata saya tabah, sabar & kuat semangat..Tapi saya pula rasa pelik.. Hanya beberapa kali sahaja saya menangis.. Ketika disahkan Ayahanda ku itu meninggal dunia pada jam 6pm, beberapa minit selepas itu saya menangis lagi dan kemudian saya reda.. Namun setiapkali saya membacakan yasin khusus untuk arwah saya akan menitiskan air mata..Tetapi diwaktu lain saya macam biasa.Tak ada muka sedih pun a kata makcik saya.Adakah saya tidak sayang arwah atau saya telah meredhai pemergiannya.Adakah sebab saya dapat bersama dia ketika dia menghembuskan nafas yang terakhir.Adakah saya sudah puas dengan apa yang saya dah usahakan untuk dia? Namun, atas kerana rasa musykil inilah saya tidak putus untuk sedekahkan Arwah Al-fatihah sekurang-kurangnya setiapkali teringatkan beliau dan sedekah Yasin sekurang-kurangnya sekali sehari..
Allahyarham Haji Shahir @ Sahir bin Ahmad @ Mohd Ikhwan dikenali sebagai insan yang banyak membawa keceriaan didalam situasi perjumpaan..Abah ku seorang pelawak, hampir menjadikan pelawak sebagai kerjayanya tetapi ditegur oleh adindanya, (Allahyarham Kasmin) seorang ustaz, membuat orang ketawa terbahak2 itu adalah berdosa.kerana ketawa banyak mematikan hati.Kerana aktif bersama Bulan Sabit Merah Johor membuat pertunjukkan amal, Abah dianugerhakan Bintang Sultan Ismail (B.S.I.) oleh Sultan Johor sekitar tahun 70-an.
Namun, didalam keluarga, Abah yang ku kenali adalah seorang yang tidak banyak berkata-kata.. Masa dia masih bekerja, Abah akan pergi kerja,pengendali jentera JPT (a.k.a JPS) jam 7pg, pulang kerja dalam jam 3pm disambung dengan mencari daun kelapa untuk emak membuat tempe,pendapatan sampingan keluarga ku. Selepas waktu Asar, solat di surau, dia akan memulakan kerja-kerja untuk merebus kacang soya untuk tempe bersama emak. Masuk Maghrib, jika tidak sempat dia ke Surau, dia akan ajak kami semua solat berjemaah..Usai solat berjemaah dia akan ke Surau untuk solat Isyak. Sebagai seorang bilai, tentulah surau dan Masjid menjadi rumah keduanya..
Sejak bersara pula, emak mula berniaga kedai makan. Abah menjadi pembantu setia.. Dapat juga dia bersama teman-teman sekampung atau se'tugas' dan sememangnya abah seorang yang peramah.. Tak kering gusi orang yang berbual dengannya.. Selain itu, tugas bilal diteruskan seperti biasa.Kami sudah tidak buat tempe lagi sebab yang belajar cuma tinggal saya dan kak Uda sahaja..Cuma menjelang hari raya kami buat batang buruk dan kuih koya (putu kacang).Bab tekan kuih koya memang tugas Abah le..
Abah memang jarang marah.. Tugas memarahi serta memastikan kami belajar rajin diserahkan kepada emak. Namun, bila ada kerja sekolah melukis Abah jadi mangsa kami :D abah pandai melukis..Setiapkali ada penyampaian hadiah,acara yang anak dia turut serta dan lain-lain acara yang melibatkan anak-anak dia, abah tak lupa untuk turut serta. Tapi bila berkaitan dengan mesyuarat dan ambil report kad mak yang pegi.. Namun, saya ingat ketika saya dalam darjah 4, abah yang ambil report kad saya.1st time saya dapat nombor 1. Nasihat dia saya ingat sampai kini. Sambil naik basikal dan saya membonceng dibelakang "Adik belajar rajin2..Ilmu ni yang akan tentukan masa depan kita.. Tinggi ilmu kita, InsyaAllah senang kita.. Abah nanti tumpang je..Tak kira ilmu ape tau dunia atau akhirat."
Bila saya akan ingat abah..
1) Setiap kali mengaji sebab abah pernah komplen "Adik ni ngaji straight je..." Saya tak macam kak uda & abg ngah yang pandai melagukan ayat al-Quran..
2) Setiap kali azan sebab sebagai bilal. sebelum masuk waktu,ketika dia sihat, dia akan mandi untuk bersiap ke surau atau masjid..Masa tu jangan le ada yang terhegeh=hegeh dalam toilet..Geremeng le dia nanti.Ketika dia uzur, dia akan sentiasa memerhati jam menanti masuk waktu untuk solat.. malah ketika minggu-minggu terakhirnya, waktu solat lah yang selalu dia akan tanya pada kami..
Ketika menulis cerita tentang abah inilah baru saya menitiskan lagi air mata.. Sebab saya juga teringat ketika saya disekolah rendah, saya main bola jaring, pemain simpanan je sebab saya rabun, bila hari itu ada latihan, pada malamnya abah akan urut kaki saya.. Malah jika ada sukan juga begitu.. Abah sungguh tidak mahu kami penat bila belajar atau bersekolah supaya kami minat untuk sekolah...Abah menanamkan minat kami untuk belajar dengan cara dia sendiri..Kerana saya minat kartun, sehingga usia saya tak silap 20thn dia masih kejut saya tidur dengan cakap "dik, ada kartun ni" kompem saya bangun.. :D Bila saya dah bangun sambil mengadap tv, dia akan tanya "keje sekolah dah siap?" saya pun menyeringai dan ambil buku buat keje sekolah tapi masih lagi mengadap kartun. Pernah mak marah tapi dia kata "biarle..time iklan kn dia buat" Memangpun, time iklan saya memang terus tunduk muka menghadap buku pula.
Abah mula sakit pada tahun 1997, ketika saya tahun 2 di UTMKL. Saya menarik diri daripada menyertai Bakti Siswa (BAKSIS) memandangkan Abah memang tidak pernah sakit hingga menyebabkan Abah ditahan di wad Hospital Sultanah Aminah JB.Saya tahu agak lewat,mana le ada handphone masa tu, tapi saya tahu apabila saya tidak dapat tidur dan kegelisahan..Keesokanya saya call rumah dan emak bagitau supaya sabar ada berita tak baik. "Abah sakit. Baru je keluar wad." Malam tu juga mesyuarat Baksis diadakan dan saya sampaikan niat untuk tarik diri. Masa tu biarlah orang nak kata ape, saya mengelak ke apa, yang penting saya nak bersama Abah masa cuti tu...Lebih lagi saya tau dia ditahan di HSAJB, mean serius!
Sejak itu Abah perlu menjalani pemeriksaan setiap bulan di Hospital Besar Batu Pahat.. Pernah sekali saya turut sama masuk ketika pemeriksaan dan bertanya untuk dapat kepastian doktor apa masalah bapa saya sebenarnya sedangkan dia tidak merokok. Doktor menerangkan masalah yang dihadapi ialah sistem pernafasan Abah yang terganggu memandang ketika dia bekerja sebagai pengendali jentera berat,yang mana ketika itu sistem pernafasan digunakan semaksima mungkin. Namun, selepas bersara oleh kerana Abah cuma menjalankan aktiviti ringan menyebabkan paru-paru dia jadi lemah juga turut mengganggu pergerakan jantung. Gambar x-ray menunjukkan saiz paru-paru Abah lebih besar dari normal.
Dan setahun lepas, Abah kena strok yang dikategorikan minor pula. Hampir seminggu Abah di Hospital Muar.. Akibatnya, Abah tida lagi boleh berkata-kata.Bermacam usaha dilakukan.Beberapa perubatan tradisional dicuba. Sebagaimana post sebelum ini, Abah kena demam panas 07/03/09.Pada 19/03/09, pada Khamis malam Jumaat, Abah kena 'tarik'.. Semua bergegas pulang, namun keadaan kembali sediakala beberapa minit selepas itu. Namun, keadaan Abah lemah tapi masih boleh berjalan. Selepas solat Jumaat, Abang Ngah bawa berubat secara alternatif di Sg Abong.. Sekembalinya, keadaan dia ceria malah mula boleh berjenaka,cara dia.. Malah beberapa perkataan dapat di sebut, Tinah (mak saya), Asmah (makcik saya), Awawa (saya, tertambah satu wa),Alim,Ngah,cakap dan beberapa lagi lah termasuk dia memanggil nama satu-satunya cucu perempuan dalam keluarga, Nurin.
Saya berharap agar dia serasi dengan cara perubatan itu, namun dalam hati sentiasa teringat post Khairyn (yang juga baru kehilangan bapa). Orang yang sakit teruk tiba-tiba sihat itu bukanlah satu petanda yang baik. Ketika Abah kena 'tarik' tu, sepanjang perjalanan saya mula redha jika itu yg terbaik utk dia,saya redha. Bila teringat kata-kata itu, saya tidak putus berkata dalam hati ini "Ya Allah jika sudah sampai masanya ambil lah tapi biarlah dengan mudah & harap saya sempat berada menatap pemergiannya".Sebelum ini bila saya terima berita teman yang kehilangan bapa atau emak, saya akan imagine macamana agaknya keadaan saya jika terjadi pada saya.Hati saya akan berdetik "Ya,Allah panjangkanlah umur Abah dan Emak". Sebenarnya, saya baru belajar meredhainya dua minggu sudah..
Dan genap seminggu satu hari selepas keadaan yang mencemaskan itu, ketika ulang tahunnya yang ke 75,ketika kami semua tidak lupa hari lahirnya seperti tahun-tahun sudah,ketika kami yang ada dirumah terleka hanya seketika, Abah menghadapi saat-saat terakhirnya kala jam adalah 5.40pm. Nurin yang sedang temankan dia sambil baca komik, mengejutkan ibu dia, emak saya dan saya yang terlena. "Ibu abah tu nape..macam yang minggu lepas tu..." Saya mulanya terkedu, mak tak lepas membisikkan kata Allah,Allah..Dia panggil saya, dan saya bisikkan Syahadah..Suami ku masa itu juga hanya mampu memandang..Pak2 sedara dan mak2 sedara bergegas datang..
Hari itu, tengahari saya sampai tengok keadaan Abah menggigil-gigil. Suami saya cempung dan kami bawa ke Sg Abong.. Abah diurut dan yang pasti pakcik tu membisikkan sesuatu pada Abah saya, dia senyum.. Kemudian kami dengar Abah diajar Syahadah dan selawat.. Pakcik tu kata habiskan ubat & mandikan. Bila ditanya ada pantang ke makan, tak de cuma mandikan je..Jam 3pm kami sampai semula kerumah..Kak Long dah sampai..Mak suapkan juga kentang lecek KFC yg dibeli kak long pada Abah. Sudah 2 hari Abah tidak makan..Selepas tu kami berada disisi Abah sambil mak ceritakan keadaan Abah sepanjang minggu...Selepas azan Asar, saya nak minta suami picit kepala akibat demam seminggu tapi dia tgh lena sbb letih berkejar-kejar agaknya..Saya baring sekejap nak bagi sakit kepala reda sebelum saya solat. Mak pula lena sekejap tepi katil Abah lepas solat Asar, ngantuk seharian tidak tidur. Kak Long pun nak lelap sekejap lepas solat dan minta Nurin temankan Abah...
Orang selalu kata, bila kita leka, masa tulah orang yang nak 'pergi' akan pergi.. Kami tinggalkan sisi katil tu tak sampai 1/2 jam...Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa..
Jika saya mahu menyesal mungkin sebab saya tidak belikan bihun sup pada hari iti.. Dari malam sebelumnya,ketika saya di rumah mertua, saya cuba hubungi hp emak & Alim tidak dapat. 11 pagi ketika saya sarapan bihun sup otw ke Pt Bulat juga tidak dapat hubungi kedua-dua talian.. Saya memang ada rasa terkilan sebab suami ada mengingatkan "Abah suka bihun sup yang" Tapi entah kenapa, saya takut mak sudah masak sebab mak saya memang tidak pernah tidak masak utk sarapan dan waktu itu mungkin mak sudah masak tengahari.Dan memandangkan kak long juga nak balik,dia memang selalu beli macam-macam untuk Abah. Saya kesal sebab saya tidak tahu sudah 2 hari Abah tidak mahu makan apa-apa. Walaupun beberapa hari pada siangnya ada emak bagitau Abah tak mahu makan,namun pada malamnya bila saya kol,dia bgtau abah dah makan semula..Hanya pada hari Sabtu itu memang saya tak dpt hubungi ke rumah. Saya cuma SMS menyatakan saya akan balik pada pagi Ahad dan tiada balasan SMS itu..
Namun, saya kata pada diri sendiri, mengingatkan tentang ajal yang tiba tepat pada masanya..Tiada guna kesal atau sebagainya.. Semoga Allah tempatkan ayahanda ku, Allahyarham Haji Shahir @ Sahir bin Hj Ahmad @ Mohd. Ikhwan bersama orang-orang yang beriman dan disayangiNya.. Amin..Al-Fatihah..
(Keperibadian Abah sesuatu yang saya sanjungi, dan ciri-ciri keperibadian itulah yang saya tetapkan ketika meneliti ciri-ciri suami saya..Supaya nanti,anak-anak saya akan ada Abah macam Abah saya)
Assalamualaikum
Permulaan pengembaraan yang satu ini mungkin dengan langkah yang longlai,
mencari semangat yang masih lagi belum ampuh.
Mungkin aku per...
No comments:
Post a Comment