Lilypie 2nd Birthday Ticker

AoA

Daisypath Anniversary Years Ticker

Erk! Pukul Berapa ek?

Kuala Lumpur

Monday, May 26, 2008

Selamat 'Bulan' Ibu....

Sebelum share pasal hari bersejarah 17 & 18 haribulan Mei 2008..saya nak kongsi satu kisah yang saya nukilkan dalam 1 group sebab ada yang bercerita tentang simpanan kewangan & sempena bulan ibu ini saya inginlah paste ke sini jugak...

Saya nk jugak kongsi nasihat mak saya...saya panggil dia akauntant negara...Dari start saya keje, gaji RM 1200 je...tp duk ngn mak.. so saya bg dia separuh drpd tu.Bukan beli jiwa tapi saya mmg x reti nak nyimpan... balance pun guna utk famili gak hehehehe...sebab saya bukan jenis suka belanja2..tapi pesan mak saya camni sebenonya... dpt gaji bagi 4.bahagian 1 & 2=simpan 3= belanja 4= utk org tua

Mula2 x ikut... bila keje berjauh ngn mak abah, masa tu le rasa sakit sbb sewa umah deposit je kena 2 bulan + 1 bulan sewa + 500 deposit api air... duk KL le katakan.minjam duit bos, kena potong gaji...sesak2 poket sampai x makan.. sampai mengigil2..nk pinjm mak segan sbb kita ni bekerja, mak cuma buat kuih je..kita nk pinjam dia..??? lagipun pinjam ngn mak kena bayo double...ceti jawa kata dia..

sebeno eh dia tak suka saya pinjam2 merangkap boros...sbb gaji saya lagi beso gaji abah saya masa kerja..gaji abah RM 750 untuk menampung keluarga dengan anak 4 orang.tp tiap kali cuti kami tetap berjalan makan angin kadang2 sampai singapore... masukkan kami ke U tanpa perlu pening2 pinjam duit beli perkakas & yuran..malah saya ada simpanan RM3000 masa saya masuk belajo 'u' dulu hasil resepi simpanan mak saya.itu pun dielak untuk guna sehinggalah kini duit tu masuk akaun anak buah saya, lepas minta persetujuan saya...saya kata, takpe sebab itu pun sebeno eh duit mak kan... :D

Tahun ketiga keje, gaji dah naik jadi 1800, masa tu mak cakap meh join kutu (dr start keje dia sruh tp saya ngelak2. ye le tiap bulan sesak poket nak spare RM200 sebulan mana nak dapek...) so dengan duit lebihan hasil naik gaji tu saya join le... sekali dpt RM3600 (200 sebulan x 18org) Rasa sgt bestnya..bila banyak rasa syg nk guna so bagi 4->1500 ASW,1000 masuk semasa,800 uat raya (dpt time nk raya), 300 bukak tabung aji.

masa tu rasa le nikmat menyimpan... tahun2 berikutnya join lagi...dpt lagi, buat cover2 time
raya sebab x dpt bonus dan simpan lagi.even tiap tahun bila kakak bwk mak abah jalan2 KL bersama2 7 org anak sedara,saya x penin malah dapat bawak masuk aquaria lagi..sejak tu saya jarang merungut malah dah x pinjam duit kat sapa2 malah saya lak yang jadi ah long heheheheh saje tolong member2 setakat seratus dua...

kalau dilihat, RM200 itu adalah 10% dr pendapatan saya kan...siapa sangka mak saya yang cuma sekolah pondok boleh bagi nasihat macam tu.. yang terbaru, semua hasil menyimpan saya tu dpt bantu famili buat rumah baru & belanja kawin...mula bulan depan saya kena mula menyimpan lagi.sebab dah abis hehehehehe

orang akan kata simpan duit utk masa depan, kenapa saya guna..? :D semua itu bukan ke masa depan,rumah, perkahwinan & keluarga...saya menyimpan sejak 6 tahun dulu.... saya bukanlah org yang bercita2 tinggi. kumpul duit hanya utk meringankan beban hidup duniawi. sekurangnya saya kahwin, puas x meminta sapa2 sponsor, pinjam sedara mara or berhutang..majlis sederhana, saya puas itulah hasil simpanan saya & hasil usaha hubby.. walau cuma dpt tolong buat rumah comel kecil tp saya puas dpt merasa duduk rumah impian saya (rumah kampung kayu) walau belum tentu jadi milik saya, tiap kali balik kg saya dpt merasa duduk rumah kampung bukan rumah batu....ala ala chalet gitu..

jadi nasihat saya jgn lupa menabung, jgn lupa beri pada emak abah or org tua,jgn lupa zakat serta sedekah. sekarang saya sudah berkahwin, perkara pertama yang kami ingin lakukan adalah simpanan bersama utk keluarga.kita tidak tahu bila berdua akan jadi bertiga, bila kita akan sakit & bila kita akan memerlukan kewangan yang byk dlm satu2 masa...sekarang saya kena jadi akauntant negara pula...

oleh itu...Saya bersyukur saya punya Ibu seperti Emak saya...!!! Selamat Menyambut 'Bulan' Ibu... raikan ibu kita sentiasa... :D

Wednesday, April 16, 2008

Bila Our Mood Classic....

href="http://www.youtube.com/watch?v=EVF4yhOfDK8&feature=related">

href="http://www.youtube.com/watch?v=Kj2jmXU6714">

gara2 baca novel le ni..salah satu kisah dalam Gurindam Jiwa...3 in 1 novel..

Ceritera 1: Schubert's Serenade oleh Hlovate
Lagunya penuh dengan kenangan. Dan dengan kenangan itu cerita ini ditulis.

My Comment : Serius sedih nangis teresak2... kenapa? imaginasi saya terlalu tinggi mungkin. Bahasa memang selamba giler mak limah kampung seberang. (tak caya? baca le. cam ayat ni le dia punya bahasa). Mula2 baca terkedek2 sebab bahasanya yang puitis alaf baru. Tapi, mungkin terlalu hendak memahami bahasa cerita itulah, juga terlalu fokus tentang jalan ceritanya menyebabkan saya sungguh mendalami watak utamanya...
Kalau buat drama tentu gerek... Tapi, ada ke calon yang berpengalam memainkan lagu2 yang disenaraikan, bermain biola seindah dikhabarkan. Rasanya kalau movie musical, ditangan seorang pengarah yang berkaliber serta pelakon yang berbakat & berkebolehan sepenuhnya (mean bukan sekadar miming & 'mimic'ing) kompem saya pegi menontonnya & harap sayalah penonton yang terawal.Seat depan sekali pun tak ape hehehehe

Ceritera 2: Vendetta oleh Imaen
Dengan jari aku gali sedikit tanah di nisannya, kukuburkan cincin itu di sisinya.
"Hari ini adalah titik tanpa pulang lagi."

My Comment: Thriller Romantik... Jalan cerita yang sinonim utk thriller romantik ringan.Cuma sebab saya tidak banyak membaca cerita thriller melayu jadi saya masih lagi berminat untuk membacanya. Kisah suami yang menuntut keadilan. Namun berjaya menggarap konflik jenayah antarabangsa. Walau tidak setaraf dengan thriller Stephen King tapi plot cerita yang mudah baik untu bacaan kita tentang hati & naluri seorang suami.

Ceritera 3: Hati Andriyana oleh Noor Suraya
Sisipan kisah cinta 'dia' yang menyimpan seribu rahsia, 'dia' yang menyimpan seribu cerita, 'dia' yang ingin berkongsi sebuah rasa: Aliya dan Manjalara

My Comment: Family conflict. Bez jugak. Kalau baca tentu terfikir apakah mungkin semua kebetulan itu berlaku. Mungkin fiksyen/ teorikal saja. Namun, sebagai seorang yang pernah mengalami kehidupan yang banyak kebetulan, nothing impossible...

Keseluruhan/Summary: Garapan cerita yang menggambarkan cara hidup Muslim & Muslimah yang patut kita ikuti... Apakah kita sekuat Jua yg menjaga auratnya, jihad seorang suami yang penyayang dan sifat maaf memaafi serta ketabahan hati seorang yang difitnah yang menjadi igauan generasi ke generasi.

Friday, March 14, 2008

Tsunami Perubahan....2

Kali ni, saya tak mahu untuk ketinggalan dalam demam pilihanraya...

Hari in genap seminggu kehangatan keputusan pilihanraya.... Minggu lepas 1st time saya sibuk menunggu didepan tv sehingga 4pg.... huhuhuhu bukan ape, keputusan seawal 9pm sudah cukup untuk membuat saya terpaku & terpatri di atas simen di depan tv. Tapi dalam kul 11pm terpaksa cabut jugak punggung sebab nak hantar mak abah balik Muar bersama anak-anak sedara... Tapi pastu sambung balik lekat kat lantai papan umah Muar.

Peh......!!! itu perkataan pertama kuar dari mulut saya.. Biar benar orang utara ni.. Dulu demam bola pun saya x kronik macam ni duk depan TV. Mula-mula kat Senggarang tgk TV3,kat Muar tgk TV9... Syok dengar 'tuan besar' tu memberi soalan kepada 'sidekick'2 dia berkenaan keputusan semasa dengan keputusan PRU 11.

Tsunami perubahan melanda negara Malaysia juga bagi mengejut pemimpin2 yang terlena dalam kesenangan... Sepatutnya dulu parti-parti ini tak patut dipanggil pembangkang sebab sekarang bila BN dipanggil pembangkang cam pelik lidah le pulok. Patutnya panggil parti saingan heheheh boleh ke?

Bagi penyokong2 fanatik BN, nasib baik le famili saya tak fanatik(penyokong BN yang bersikap rasional & undi adalah rahsia hehehehehe) mereka terkejut terutama penyokong di Selangor (sebab dalam opis ni antara Johor & Selangor sahaja. So, Johor menang maybe x rasa sgt kot). Saya lak diterap untuk undi calon, bukan parti. Masa mengundi pun leh salam-salam je penyokong2 parti yang bertanding. Dalam famili pun sama, lantak nak ikut parti mana yang penting ikatan famili wonderful hehehehe berbahas pun kalu yang lantang berkata2 itu mula, yang lain diam. Mak saya pun kata, inilah akibat bila politik dah jadi tempat cari makan bukan tempat menjaga kebajikan masyarakat...Pengundi pun ambik je huluran yang diberi tapi pengundi itu manusia betul tak? Hati manusia siapalah yang tau. Hati adik beradik yang sedarah sedaging serta dari rahim yang sama pun susah nak baca..

Nasib baik juga BN masih lagi pegang kerajaan pusat. Anggap ini peluang yang mungkin peluang terakhir. Macam seorang pembaca akhbar berkata (dipetik dari sinar harian 12/03) " Orang yang mengundi pembangkang, tidak mengundi BN, adalah orang yang tidak menghargai sejarah." Saya mengulum senyum sambil hati berkata... Adakah pejuang politik kini adalah pejuang yang masih mempunyai niat & mentaliti yang sama dengan yang lama. Sedangkan anak-anak sekarang tak punya mentaliti yang sama dengan kita termasuklah kita yang tidak punya mentaliti yang sama dengan ibu bapa kita.

"Iman tak dapat diwarisi, dari seorang ayah yang bertaqwa" (lirik lagu Raihan). Jadi adakah niat hati itu diwarisi oleh semua orang. Saya pun bukan lah seorang yang begitu patriotik, sehingga saya berfikir adakah saya sanggup untuk berperang. Saya tabik kepada kawan2 yang sanggup kerja askar hatta pelatih PLKN (u know u) yang sanggup mempertahankan negara serta mendidik adik2 @ anak2 supaya cintakan diri sendiri, negara & agama. Tapi realitinya, mereka yang hidup dalam dunia itu juga tahu ada dikalangan mereka hanya bersama-sama untuk survive dalam kehidupan.

Wajarkah sejarah dijadikan panduan hidup? Rujukan mungkin boleh tetapi bukan panduan. (Buku panduan talipon pun berubah berdasarkan maklumat & pertambahan...)

So, bangunlah dari lena...
Perjuangan dunia tidak pernah selesai selagi masih bernafas,

Kedudukan datang dengan tanggungjawab,laksanakan,
Tanggungjawab datang dengan hukuman,terimalah,

Kehidupan datang dengan kematian,bersedialah,
kematian datang dengan hukuman,beringatlah.

Jangan! Mencari tanpa arah, berdoa tanpa iman, mengharap tanpa usaha dan menunggu tanpa sabar.....

Salam sayang buat semua orang Malaysia, Salam kasih buat semua muslim/muslimah....

(peh cam bagi taklimat le pulok..Sebelum pilihanraya saya sempat bagi taklimat masterkey.. percaya atau tidak, saya x nervous...sedangkan taklimat itu bukan sepatutnya saya yang bagi. Tapi hati saya cukup nervous masa nak mengundi sampai terbagi kad touch n go wakakakakaka malu seh......nape le kaler dia sama..sementara berbaris dah standby, hulur2 merah muka jap... adeh!parah! itu hari 'lupa' nama, kali ni 'lupa' i.c..tepuklah dahi, paisey!)

Awa & Azam

Daisypath Next Aniversary Ticker

Let Search

Let me check it out!