Lilypie 2nd Birthday Ticker

AoA

Daisypath Anniversary Years Ticker

Erk! Pukul Berapa ek?

Kuala Lumpur

Thursday, November 15, 2007

HUKUMAN...

Salam buat semua… Apa yang saya sentiasa ingat dalam minda ialah setiap perilaku itu ada balasan & hukumannya.. Perbuatan baik tentulah akan ada balasan yang baik begitu juga perbuatan jahat.. Biasalah kan ? Semua orang tahu.. Jadi bulan ini saya dihadapkan dengan satu permasalahan yang telah saya nyatakan dalam SERABUT. And guess what, Alim is grounded….

Bukan lah satu hukuman pada setiap mata memandang tetapi adalah satu cara psikologi tenang yang saya harap dapat mengembalikan semula personaliti positif yang ada dalam dirinya yang kami didik sedari kecil. Kami mengajar dia berkata benar, dekatkan hati dengan yang Esa, menghormati orang tua dan menerima setiap risiko dari setiap perbuatan. Dengan ertikata mudah ialah bertanggungjawab pada diri, keluarga dan masyarakat.

Bunyi seperti satu misi besar tetapi itulah yang ingin saya tanamkan dalam dirinya. Dia didik hampir atau lebih 80% oleh saya dan saya rasa amat bertanggungjawab atas setiap perilaku dia sekarang. Walau saya jangka,sure actually, dia kini telah baligh dan setiap perilakunya adalah hukuman keatas dirinya, saya masih ingat bahawa dia adalah remaja dan gaya hidup remaja sekarang adalah amat berisiko. Sebab saya juga pernah remaja, begitu juga insan-insan yang saya kenali dan dari pengalaman lah kita perlu rujuk dari setiap segi.

Ketika remaja juga saya pernah melakukan beberapa kesilapan yang kini ada masanya apabila terkenang membuat saya menyesali, gelihati serta memikirkan betapa bodohnya saya masa itu dan semua itu berlaku dalam usia 13-17 tahun. Ketika bersekolah menengah, kita jelas bahawa kita dalam masa peralihan. Kita ingin jadi dewasa dalam masa yang sama kita masih ingin kekal sebagaimana diri kita ketika kecil iaitu hidup sosial seorang kanak-kanak yang mana setiap kesalahan itu mudah diterima dan dilupa oleh orang dewasa.

Jadi berbalik kepada kisah Alim yang dihukum. Dia mungkin akan menghabiskan masa dengan ibu bapa saya di Pt Bulat, Muar sepanjang cuti atau seminggu. Keadaan yang jauh dari pekan, jauh dari rakan sebaya yang sedari kecil, jauh dari kemudahan awam serta jauh dari Bandar. Untuk sampai ke rumah itu sahaja adalah sejauh 1 batu atau kalau tidak silap saya lebih 3km dari jalan besar. Hanya ada kedai makan bapa saudara belah nenek muda, kedai runcit pakcik sulung saya yang mana diwarisi dari atuk saya, sebuah lagi kedai runcit, sekolah rendah, gelanggang sepak takraw yang telah menjadi gelanggang futsal, masjid dan klinik desa yang terletak radius kurang 100 meter….

Mulanya Alim memberontak bosan. “ Boring le tak tau nak buat ape” Dan jawapan saya semudah ABC, “ Bawa kitab darjah khas, belajo untuk periksa. Bawak buku latihan yang ucu beli & buat le prepare untuk PMR…. Kalau boring jugak, pegi masjid tu tolong bersihkan apa-apa yang patut. Bersyukur le masih dekat dengan kedai & masjid kalau rumah tok mak dalam hutan banat camne”

Dulu, masa saya seusia dia mak pernah juga kata nak pindah balik kampung tetapi saya masa tu sentiasa berdoa supaya tak menjadi rancangan itu sebab saya juga tidak sanggup. Mungkin doa saya dimakbulkan namun dalam jangkamasa yang sama saya dapat lihat juga masalahnya tinggal dikawasan pekan yang semakin membangun, dekat dengan bandar serta masalah sosialnya yang mana mendatangkan satu demi satu ujian ke atas kami. Termasuklah masalah yang baru dihadapi ini. Masalah remaja masa kini yang menular masuk kedalam keluarga kami.

Alim menurut sahaja.. Ye, dia memang menerima apa sahaja keputusan yang saya berikan sebab setiap keputusan jika saya yang buat saya akan sanggup menanggung setiap out come nya… Setiap kemudahan yang dia minta dan saya berikan tetapi jika ada yang mendatangkan ketidakpuashatian mana-mana pihak saya sendiri yang akan tanganinya. Jadi bila saya kata, dia kena duduk kampung selama seminggu dia turutkan jua.. Walau muncung, walau kelat mana pun muka dia saya tetap dengan pendirian saya dan dia tetap kena mengikutnya sebab dia tahu apa yang akan dia dapat jika tidak patuh kata-kata saya. Bukan wang yang paling dia takut tak dapat tapi adalah muka kelat serta kemarahan saya yang hanya akan reda bila dia datang mohon maaf dan bersalam. Selagi tidak ada permohonan maaf atau selagi yang disuruh tidak dipatuhi, selagi itulah saya tidak akan berbicara dengan dia. Dan hari itu dia tiada pilihan lain sebab selepas saya suarakan ‘hukuman’, saya hanya ada 4 jam sahaja lagi untuk berada didepan mata dia sebelum saya pulang ke KL.

Tapi baru je saya sampai KL pada Ahad malam Isnin itu, dia dah bagi sms nak balik Senggarang hari Selasa nak jumpa kawan lama katanya. Dan ketika itulah saya mula nak naik angin semula dan saya katakan “ Tahu tak alim sekarang ni sedang dihukum. Okey, kalau alim boleh dapatkan kebenaran dari emak tanpa emak marah-marah, then dibenarkan tetapi balik hari, pegi balik kul 5pm dah sampai Muar semula” Akhirnya, pada hari Selasa dia masih di rumah Muar sehinggalah hari ini. Dia akan balik petang Jumaat, 16/11 sebab dia ada darjah khas pada hari Sabtu.

Rasionalnya belum dapat dipasti
Emosinya sering berbalah
Minatnya pada sesuatu trend
Akalnya terkadang hilang arah
Jiwanya sering memberontak
Akibatnya…positif jika rasional & akal dapat mengawal jiwa & emosi bagi menentukan minat yang membawa kemajuan serta nilai diri yang tinggi

Kita semua pernah remaja. Jika kita ingin generasi akan datang jadi seperti kita bentuklah sebagaimana kita membesar. TETAPI, jika kita mahu generasi akan datang itu jadi lebih baik daripada apa yang kita ada sekarang, paling utama carilah kesilapan kita untuk diperbaiki, kemudian tunjuk keunikan kita untuk diwarisi agar jadi satu personaliti, kemudian kebaikan kita diperhalusi agar mereka dapat menikmati dan yang paling penting pula nilai murni kita deperkaya dan disemai dalam sanubari mereka supaya generasi bukan saja maju tapi punya jati diri yang tinggi.

Buat Alim, Ucu sayang Alim dari dulu tidak pernah luak. Walau jasad kita jauh namun hati ini sentiasa penuh dengan rasa kasih seorang ibu, walau Ucu hanya seorang ibu saudara. Dimanjai agar dirimu tidak rasa terssisih, dimarahi bukan benci tapi kasih yang mendalam, dilimpahi dengan kemudahan agar hidupmu senang serta boleh jadi lebih baik dari diri Ucu ini. Dan dari dulu lagi Ucu sering pesan, sentiasa bersyukur dengan apa yang Alim ada sebab disatu sudut dunia ada insan yang kurang bernasib baik.

For a record: Alim do more excellent then me in academic, public relationship, more good in some manner such as solat and patuh if make a comparison with my achievement and behavior while I was in his age now. So, I hope he will do more & more better then me in live, heart & last but not less Iman……Because how excellent you are now; richer, better or what so ever, it doesn’t mean you will be excellent in day after…

searching for better living,praying for better living,hoping for better living and waiting patiently to have better living.....

Wednesday, November 7, 2007

Serabut....

" Dik, ni sekolah ada kol ni. si alim buat hal"... itu lah yang saya dengar dipagi Selasa 23/10/07.. Terkejut? :D saya memang belum berkahwin tapi seorang daripada anak saudara saya adalah ibarat seorang anak pada saya. kami close like mum & son.. perasan? well who know me from a long long time ago (15 tahun dulu) dan rakan2 seopis saya ni tahu betapa dia lah penawar duka lara saya...

masa dia baru lahir saya baru berusia 15 tahun. Hidup saya sebagai anak bongsu yang tak berteman malah semua adik beradik dah kawin buat saya seronok dapat 2 orang anak saudara. Anak kak long,amin & anak kak uda, alim. selalu saya boring duk umah main sorang2 so buku & tv lah teman saya.. tapi bila diorg dah lahir,blik sekolah ada dua tiny human ni seronok sangat.seronok jaga diorg...

Tapi kini diorg sudah 14 tahun... kesnya ialah hp kena rampas. Hp yang kena rampas milik amin, memori kad dalam tu alim bagi pada amin & dirampas sebab kawan mereka main dalam kelas.. Kenapa diorg bawak? mmm budak remaja sekarang yg memang dah tak tau saya nak ajar macam mana. Kalau saya ada memang le saya yang tukang kutip hp tu dari diorang tapi kalau tak diorg ni pandai je nk curik2 bawak. dah 2 kali dan kali ni kantoi.

Alim ada hp jugak dan dia bwk jugak tapi simpan dlm lokar hostel dia. Saya tanya kenapa bawak, dia jawab, cikgu tau... dia x kisah pun...., sabo je le mendengarnya...Kesnya pulak yang paling saya tensen ada crite prono dlm tuh... argh..... alim tu dah le dapat biasiswa... dan sekarang ikut dari perjumpaan antara HEM & kak long saya diorang x dapat duduk hostel tahun depan. Alim kalau sampai menangis menafikan biasanya memang dia x buat le. kalau dia ditanya bertubi2 tapi lepas tu dia marah mean ada lah yang disembunyikan....

Jadi minggu ni saya kena balik sebab minggu lepas saya x dapat balik.ganti supervisor di tapak,actually tolong member yg ganti supervisor tu,tolong receive barang2 yang sampai. saya kena approach untuk tau kisah sebenar, settle solution dia kena duk dengan siapa tahun depan especially tahun depan dia akan PMR dan maybe kalau kesabaran berkurangan ada lah harapan saya nak pelangkung mamat yang bernama warden di Sekolah Tinggi Batu Pahat tu... selain tu ada juga lah harapan rotan sesah belakang orang kalau ada yang bersalah dalam rumah saya... eeee.... tatutnya... sanggup ke aku ek... only my nephews & niece know...

Kalau tak kerana meeting 24/10/07, ganti supervisor tentu dari minggu lepas saya dah balik kg.

Wednesday, September 12, 2007

Makin tua...



to me!!!! Selalunya on or before my birthday ada yang perkara yang kurang saya gemari berlaku. Tapi tahun ni saya gembira sebab saya berpuasa pertama semasa hari lahir saya... Pelik? Bez pe... Ada negeri yang bercuti hari ini dan paling penting ia adalah awal bulan Ramadhan dan mungkin kerana ia dalam bulan Ramadhan yang penuh Baraqah, Alhamdulillah tiada perkara yang tidak digemari terjadi malah saya lupa jika ada...

Tapi masih perlu bertugas dan dengan ini saya sambung kerja dulu ye...

Mohon kemaafan andai ada yang terlanjur kata dan Salam Ramadhan buat semua.....

Friday, September 7, 2007

HU HU HU HU :(

Nape nangis....?? Handphone kena virus....wa wa wa......Crying 2 kena pergi Sungei Wang sebab phone still in warranty... kesejukan sebab hujan + air cond pun mungkin gak sebab ada kedai tu kata takut komponen dalam mengalami chilling... ade ke? Thinking Handphone tiba-tiba off sampai sekarang...




Wednesday, September 5, 2007

Langit Mu indah ya Allah... MasyaAllah..Dalil sifat Mu "ada alam ini"



Senja sepanjang highway NPE ke Kuchai Lama... Itu apartment saya
(Sony W580i:1.3 Megapixel [ miss this hp :( ] )

Suasana tengahari ke petang di Pantai Minyak Beku

(Tq sweetheart : SONY K680i : 2.0 Megapixel)




Suasana petang pulang ke kampung dari kota metropolitan...
(Sony Z558i : 1.3Megapixel)


Maghrib di Highway Utara Selatan (hala ke KL baru lepas Ayer Hitam) with Sony Z558i


Suasana pagi di pantai Terengganu.... also woth my Sony Z558i


Memandang langit adalah kegemaran saya....

Layakkah?

hehehehe last post 14/08/07, dah hampir sebulan, kurang lebih kurang seminggu...

Begitulah selalunya jawapan saya. Jarang sangat yang 'exactly'. selalu juga orang sabar menanti sebab saya bukan seorang pengingat yang baik. Sifat otak saya lebih kepada imej dan imbauan. Saya boleh mengingati peristiwa tetapi bukan tarikhnya. Saya boleh mengetahui keperluan tetapi bukan berapa dan dimana letak duduk sebenar... Ini kerana jika saya tidak pasti, pasti orang boleh mengenalpasti. Bos saya terutamanya sebab dengan bos yang banyak saya berbincang tentang sesuat yang serius @ kerja.

Hari ini, saat masa 12 tgh malam saya berada di pejabat. Kenapa?! Rumah takde ayor.... Bulk meter tu dah bocor dari hari Rabu, 29/08/07, kalau tidak silap saya yang mana pada 01/09/07 mungkin ada yang telah menutup meter untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan. Malangnya, mereka tutup meter hingga hari ini menyebabkan simpanan air pangsapuri yang seperti kolam renang di atas bumbung telah kering... Sedih sedih.... Jadi bagi mengurangkan stress tidur di opis lah ye... Tak datang lambat :D

Bercakap tentang datang lambat, saya telah menyindir teman tentang datang lewat. Dan kemudian selepas dua hari mungkin memandangkan dia masih tidak berubah, hati yang tida puas hati makin bertambah menyebabkan satu isu dibangkitkan. Salah saya? Sebahagian, ye. Namun, setiap orang ada tanggungjawab yang mana sebagai kerja satu kumpulan setiap masalah adalah tanggungjawab bersama. Atas rasa tanggungjawa itulah saya menyindir @ menegur. Dalam kebengangan teman itu tertulislah (sms. kami tak boleh berlawan mulut sebab pastinya ia lebih berpanjangan dan mengganggu tugas) yang dia layak untuk datang lewat sebab dia selalu stayback...Hmmmm am I stupid or what. Dan dia kata saya stayback menunjuk-nunjuk sehingga saya pula kepeningan memikir bila pula saya mewar-warkan hal saya stayback. Pihak JKR pun kadang-kadang tau sebab kebetulan seorang staf ni selalu call saya, macam sister juga le, time saya stayback & dia dengar suara bos. Kemudia saya gelak besar,rupa-rupanya sebab saya claim makan.. Sms pertama dia terlalu panjang & meleret serta berulang-ulang menyebabkan hanya 80% sampai ke otak. Hanya selepas dibaca semula sms-sms nya baru saya faham.

Kami overtime tidak ada bayaran. Tapi sememangnya saya atau sesiapa saja layak untuk claim makan bermula dari minum petang, makan malam, supper & breakfast (jika hingga pagi). Bos juga dah clear berkenaan hal ini malah jika dia ada, dia yang suruh. Dan apa yang saya tau, saya hanya 'claim' bila mana saya stay bersama teman, tidak lebih RM 10 satu kepala jika tiada resit. Dan dia kata saya online masa overtime. Saya senyum lagi... Seingat saya, rujuk perenggan 'sifat otak saya ini...', saya claim bila saya betul-betul stayback untuk buat kerja. Sememangnya sejak opis ada steamyx saya online 24jm ops! sepanjang masa komputer ini 'on'. Ye, kadang-kadang saya YM dengan teman seopis yang ada networking dalam opis ni, kawan-kawan lain, cek email dan sebagainya. Namun, dalam masa yang sama saya bersyukur adanya kemudahan ini memudahkan saya mencari data, supplier dan sebagainya termasuk bertukar data dengan juruperunding, pembekal dan pelanggan. Saya tidak takut tulis disini, dan saya tidak kisah jika bos saya terbaca ini sebab saya tahu batas kerja & kebolehan otak saya termasuk waktu diperlukan untuk merehatkannya.

Dan saya nyatakan saya tetap datang awal malah terkadang lebih awal. Saya stay tidak kerap, mungkin sebab itu kerja saya banyak tidak siap, sebagaimana apa yang teman saya kata kerja dia siap sebab dia stayback. Maka apa yang boleh saya katakan 365hari setahun - 52 hari Ahad, berapa hari dia stayback yang kemudian dinisbah dengan dia datang lewat dengan tidak dilupakan dalam keadaan tidak fresh. Ye kerja dia siap, apakah sempurna, ye sempurna atas mata orang yang perlu menilai tetapi kerja yang melibatkan kami, sempurnakan, tepat masakah, efisyen kah atau perlu saya gelak kah kah kah lagi.

Adakah bila dia beralih ke dunia yang mana memerlukan perkongsian hidup, bisakah dia melakukan semua itu nanti? Patutkah, adilkah atau apakah itu yang dia ingin lalui sepanjang masa. Saya akui dia perlu keluar kemana-mana setiap hari, tetapi saya ingin memintalah dia berfikir jika dia tidur lena (berkualit) diwaktu malam dan bangun seawal sebelum Subuh menjalankan kewajipan yang diperlukan dan pergi seawalnya di pagi hari untuk memulakan tugas dengan segar dan sedia. Dibandingkan dengan keadaan dia sekarang.

Saya tahu, semua orang kena marah bila jumpa one to one dengan bos yang mana jarang hendak dikongsi, kecuali saya sebab saya suka kecoh2kan nya. Tetapi, tahukah yang terkadang saya ditegur sebab tidak menegur teman yang lain. Jika saya claim dikatakan menunjuk-nunjuk, bagaimana dengan mengkhabarkan kepada banyak pihak yang anda stayback? Dengan mudahnya, jika anda fikir anda layak datang lambat, saya layak claim apa yang saya makan sebagaimana memang termaktub didalam etika kerja di syarikat ini yang mana menuntut disiplin setiap petugasnya (aik cam badan beruniform pula).

Jelasnya, saya bukan bodoh. Jika saya tidak puas hati ada sebabnya yang hingga saya tidak dapat menahan lagi. Malangnya saya jika tidak suka, saya tidak peduli jika orang itu membenci saya pula. Pemikiran, pengiraan seseorang tentang sesuatu perkara bukanlah sesuatu yang objektif tetapi subjektif. Ada yang sependapat, ada yang sama digemari namun ada pengiraan yang jika dirasakan layak tapi orang lain rasa tidak layak. Dengan kerana itulah, sebelum saya menyindir itu saya telah bertanya kepada manager adakah dia telah mendapat previllage untuk datang lewat. Nasib baik saya belum bertanya dengan director.

Buat teman saya itu, jangan samakan kerja anda dengan saya. Anda berfikir untuk satu chapter saja sedangkan saya ni terkadang sebahagian chapter anda ada juga ada folder khas dalam otak saya. Belum lagi folder masalah berbangkit, masalah mendatang, harga & servis pembekal serta masalahnya, sub-con & masalahnya, belum lagi folder administration yang terkadang perlu saya fikirkan sama. Jika bos saya kata teman yang lagi satu tu gila kuasa, saya ni dah terlebih terima kuasa. Saya juga perlu jumpa orang namun saya sebolehnya perlu juga fikir, perlukah saya yang pergi. Mungkin jika saya selesaikan makan masa satu hari tetapi memandangkan saya tidak mahu ada teman yang makan gaji buta saya suruh dia selesaikan walau ia terkadang mengambil masa lebih panjang. Dan saya boleh fokus pada hal lain. Sebagaimana anda kata saya bukanlah calon yang layak untuk memimpin, jadi saya hanya dapat memimpin dengan cara saya bersahabat dengan orang yang dipimpin.

Panjang lebar saya menulis dan yang pasti, saya tidak claim makan minum saya hari ini.....

Tuesday, August 14, 2007

Lagi Beso Lagi Beso Masalah

Hah! Pernah tak mengalaminya...

Sekarang ni sedang menghadapi masalah untuk dapatkan readymix concrete. Bukan sebab supply kurang tapi duit poket kurang. Ada 2 kompeni yang terlibat Lafarge & YTL? Pernah dengar? Pasti le bagi yang gunakan hatta sekampit simen.

Lafarge agak baru dengan kompeni kecil kami ini. Sebelum ni kami berurusan dengan Hanson je malangnya di Nilai tiada Hanson.... Jadi alternatifnya, Lafarge bagi kredit pada kami. Yelah, kontraktor, claimnya berdasarkan kerja yang telah dijalankan bukan yang dirancang. Tidak kata kompeni ini tidak support kami, cuma kepercayaan untuk bagi lebih. Sedangkan track record kami baik apalah salahnya bagi amount kredit yang banyak. Sekarang credit dah burst, aku penin nak order mana.

YTL atau Buildcon pula sudah lama juga kenal kami tetapi selalu kena beli cash. Tak mengapalah sebab dulu ada Hanson (Pioneer). Takat 5 10 m3 ok le bayar cash. Sekarang bila nak minta kredit, dia minta BG. Dah bagi BG reject pulak. Itu lah ini lah. Legal tak allowed lah. Memacam... Nak bagi ke tak mahu.. Selamba sound, you tak mau support ok, lepas ni, seriusly you punya product I blacklist. Tak kira le apa barang. Sanggup kat site takde simen daripada guna product YTL (ni dah bengang amat ni).. Selama ni pun memang meluat dengan cara mereka. Big company, with so many procedure & dicipline. Such a bluff. Do they really become better. Nak dapatkan confirmation legal pun lembab! Bila minta documentation yang boleh memudahkan urusan ntah mana ntah. Memang cari nahas ni.

Susah juga jadi kompeni bilis yang sedang membesar nak jadi jerung... Other supplier such NCH, Harrison, BTS pun bagi 100-200K credit limit even small company such as Cosmo Maju, Keep Tim, Kia Huat yang walau kecil tapi letak unlimited credit. Thanks a lot for supporting us. Nak je suruh one of diorang ni bukak plant concrete.

p/s: dah le kena jadi ast account check segala barang ni... Well Multy Purpose worker le katakan.. Kenapa saya susah demam.. Kenapa saya demam tak MC... Kenapa saya tanya smua ni... hahahahahaha.... I need a rest... close ur eyes & empty ur mind..... (erk! macam mana nak empty, bersusun kabinet file kat otak ni.)

Tuesday, August 7, 2007

Rumah Baru..

Balik kampung tengok rumah baru. Takde gambar sebelum lah... Uzur giler, dimakan anai-anai lagi. Ini kira lepas makeover hehehehe


Longkang depan rumah... Nak uat jambatan kat sini...


Depan rumah.. Saya suka sebab dapat rumah kayu...

Sempat lagi Alim posing kat depan umah.. Pintu lum pasang lagi..

Ini pulak ruang depan, ruang tamu. Satu bilik kat atas, bilik mak & abah. Area sebelahnya nak pasang tirai buat tempat solat.. Bila tak guna leh kuak tirai terutama bila ada kenduri Bang... Jangan senggayut... nanti cik bulek marah kalu roboh. Tangga antara ruang depan ngn dapur... Nampak sikit bilik bawah.
Dapur & tandas... Pakcik saya lupa nak pasang paip. Excited nak pasang tile gamaknya... Ops.... abah dah datang... Baru balik dari masjid nak ke rumah makcik lalu belakang rumah ni. Masjid? dekat je.. Lupa nak ambik gambo le pulok...
Abah ajak posing.. Orang masjid duk tanya bila abah nak pindah.. Nampaknya abah dah mula suka nak balik kampung...
Laman tepi belah kanan.. Berangan nak letak gazebo hehehehe tapi maybe leh buat pondok untuk buat kerja-kerja tradisi kami.... Aiman sepupu saya paling muda..



Pandang sisi kiri yang telah siap di cat
Pandang sisi kanan belum siap sebab dua hari pakcik saya kena rewang.....

UHUK UHUK UHUK

Kenape batuk? Ooooo saya ngata.... Sorry....

Semalam pergi JB. Tidak dirancang tapi nasib menumpang.. Bos marah? Mungkin tapi kebetulan beberapa kerja saya yang urgent saya bawa balik kampung untuk semakan. OTW ke kampung Muar pun saya pangku kerja.. Ye, saya boleh membaca didalam kereta malah boleh menulis juga.

Maka, tolong juga mana yang patut masa di sana,tapi entah le.. tak guna kot hehehe namun begitu saya tolong juga. Sekurang-kurangnya saya dapat temankan member ni balik KL. Kalau tak, tentu pagi tadi dia baru balik ke KL. Namun, ada kisah panas hati saya alami.

Manusia berubah, saya akui. Saya juga berubah tapi saya rasa perubahan itu biarlah berperi kemanusiaan dan masih tahu dimana kaki kita berdiri. Dari jauh kami datang, saya pun teringin juga nak tengok site lain, namun bila orang yang ada disitu buat tak layan je sapa tak sakit hati.

Apakah dia ingat sudah penuh ilmu didada? Saya bukan hendak menabik dada tapi terkadang saya rasa dah terlebih ilmu tetapi saya sedar saya berdiri dimana. Ilmu saya banyak tapi perlbagai dan bila dilihat ia adalah sekecil hama saja. Saya berkerja selain untuk mendapatkan gaji untuk meneruskan kehidupan dunia, namun sering saya semat dihati, kerja itu ibadat. Berusaha untuk menjalani kehidupan dunia ini hatta bila kita kentut pun ibadat. (kentut itu mengeluarkan udara dari badan untuk kesihatan badan itu mendatangkan kebaikan pada badan sebab itu ia juga boleh dikira ibadat). Setiap langkah kita adalah ibadat. Maka, seberapa yang kita terima itu, itulah hasil ibadat kita yang dapat kita lihat didunia ini, iaitu gaji. Walau kecil, saya memohon padaNya agar pahalanya adalah besar.

Kenapa insan terlalu berkira dengan wang yang dikeluarkan? Kenapa insan itu sekarang semakin sombong dan gah? Apakah dia rasa hidup ini wang semata? Orang sering ingin menjadi jutawan, saya juga pernah berfikir untuk jadi jutawan. Tetapi saya sering berfikir untuk apakah ia? Wang buat kita rasa gah. Kemewahan buat kita rasa kita dipuncak dunia. Bahagiakah kita? Kenapa imam itu hidup sederhana, masih punya zuriat yang berjaya yang mana mewah nya juga bukanlah terperi lihatnya. Tetapi mereka tenang, manis dan sedap dipandang.

Saya hanya berfikir untuk mengumpul harta agar generasi saya akan datang tidak melarat. Sekurang-kurang dapat membantu walau hanya sebungkus nasi lemak pengalas perut dan segelas air sirap menghilang dahaga insan yang kurang upaya. Itu juga yang emak abah ajar. Saya dibesarkan oleh ayah yang bergaji 500 dan emak yang menggunakan kebolehan tradisinya membuat tempe masa saya sekolah rendah. Bila masuk sekolah menengah saya dibesarkan pula oleh duit berniaga gerai makan dan batang buruk, tempahan raya. Sehinggalah saya habis belajar di UTM. Lepas setahun saya bekerja, emak tidak meniaga lagi tapi mengambil tempahan kuih, nasi lemak dan juga setahun sekali masih lagi dengan batang buruk, kuih koya (putu kacang), mini popia dan lain-lain. Tentu ada yang tertanya2 apa abah saya buat, dia membantu ibu, maaf abah tetapi abah tiada kebolehan untuk berniaga jadi dia sentiasa menyokong ibu saya. Membantu mana yang boleh sebab abah telah bersara ketika saya mula sek. menengah.

Walau nampak abah macam tu, dialah anatara insan yang saya kagumi sebab dia seorang yang penyabar, pergi masjid setiap waktu (beruntung sungguh emak saya), jarang mengata orang. Kadang-kadang je dia bercerita tentang orang lain yang mungkin mencuit hati dan kisah yang jarang berlaku tetapi kesabaran dia tercalar juga beberapa kali dengan perilaku insan-insan yang bagai tiada istilah hormat dalam diri mereka. Abah juga berharta tapi dia tak gila harta cuma kesabarannya menduga emak juga sebab mak risau harta dunia yang tidak dibahagi sebaiknya menyiksa insan yang telah pergi bila hal2 tersebut jadi perbalahan.

Abah juga dahulu ketika bekerja, saya juga lihat dia tidak berkira. Membantu mana yang perlu, beramal bersama Per. Bulan Sabit Merah. Jadi dia mudah dikenali dan didekati, peramah dan ringan tulang. Pagi pergi kerja, petang balik kerja cari daun pisang untuk bungkus tempe dan daun apa ek untuk buat ragi (lupa lak namanya). Kadang-kadang tak perlu cari daun bila enjin JPT buat kerja, banyak pokok pisang yang jadi mangsa, abah minta izin ambil daunnya. Orang kampung, mana ada tanah, situ ada saja tanamannya. Namun, abah sentiasa amal solat berjemaah. Lama saya tak berjemaah dengan dia sebab sekarang dia solat di surau. Saya ingat kata-kata abah lepas ambik report darjah empat kalau tak silap, sambil naik basikal dia kata "belajar rajin2 ye.. senang nanti tak payah nak susah-susah buat kerja" Masa tu 1st time saya dapat nombor satu. Abah.. sekarang kerja adik nampak mudah tapi adik masih perlu kuat bekerja cuma adik tak perlu kerah tenaga macam abah... Adik ingat kepayahan abah dulu, tapi kepayahan itulah yang buat adik sentiasa bersyukur dengan keadaan kini. Terima kasih abah. Maaf sebab tak jadi doktor/jururawat...

Apa pun, dari kehidupan yang saya lalui, saya gembira dengan kesederhanaan yang saya ada. Saya tak dapat bayangkan kebahagiaan yang bagaimana dilalui oleh insan yang mewah. Sebab, hanya segelintir insan yang mewah yang boleh dijadikan idola malah mereka yang mewah juga bila menyedari kebahagiaaan hidup sederhana, mereka sanggup melepaskan kemewahan mereka. Ini bukan 'anggur masam' tapi inilah prinsip saya yang buat saya bertahan dengan kerja yang pada saya usaha berlebihan berbanding hasilnya. Jangan kata saya mengeluh, malah saya akui saya mengadu pada emak tentang apa yang saya lalui. Hanya meluah rasa. Dia juga menasihatkan mengundurlah kalau dah tak daya. Saya juga nyatakan saya nak jadi macam dia, meneruskan tradisi tempe, batang buruk serta koya. Terus emak saya galakkan dan berkata ada insan yang akan ajarkan cara untuk buat tauhu. Alhamdulillah.. Hasil berbuat baik sesama insan...

Mungkin saya akan mewah satu masa nanti bila saya meneruskan tradisi itu semula tetapi saya bermohon agar saya tidak lupa bersyukur, zakat, bersedekah, berkongsi dan terus bersederhana (wasadtiah).. InsyaAllah saya akan teruskan cara hidup berkongsi mana yang mampu seperti sekarang.

Buat insan yang berkira dengan setiap perilaku/wang, kiralah wang anda itu adakah wang itu sebanyak pahala yang anda rasa anda ada? Apakah zuriat anda akan jadi generasi yang bertaqwa atau menjadi generasi firaun? Fikir fikirkan lah dan selamat beramal...

Friday, August 3, 2007

ALHAMDULILLAH...

Baru sekejap tadi jengah blog khairyn. Al-Fatihah buat nendanya.. Ntah kenapa saya tak boleh untuk tinggalkan comment disana. Dah berpusing-pusing setting ni saya kerjakan.

Alhamdulillah itu pula tanda syukur saya pada kejayaan memurungkan muka :) Bermula 30/08/07 lalu kami sudah ada junior QS. Namun, buat masa ini saya belum serah sepenuhnya tugas QS pada dia. Fresh graduate dari politeknik Tanjung Malim. Jadi, masih lagi mencari arah & kesesuaian untuk dia. Sekarang ni pun saya sedang temankan dia key-in BQ dalam komputer. Memandangkan lap top dah hilang & belum berganti lagi terpaksalah stayback untuk siapkan kerja. Untuk siapkan malam ini mungkin mustahil bagi orang baru tapi saya gunakan kesempatan ini untuk ajar dia cara termudah & tercepat sebab saya pemegang rekod key-in BQ terpantas hehehehe...

Buat masa ini, tanggungjawab kerja saya agak lancar. Mungkin, bermula minggu hadapan saya akan serah hal-hal quotation & purchasing pada orang baru itu. Minggu ini saya tugaskan dia kerja kira-kira paling sukar, taking of RC structure... Baru siap kira formwork & saya kata dia perlu siapkan kira-kira besi akhir minggu depan. Kesian juga dia siap bawak balik rumah sewa kami. Biarlah dia rasa sukar sedikit, supaya nanti bila dia dapat tugasan yang mudah dia akan dapat melihatny lebih mudah. Betul tak...

Stop kejap, nak ajak dia makan....

Sunday, July 8, 2007

Pelik bin Ajaib

Menyambung kisah perubahan organisasi..

Mula-mula bila bos kata, 1 co-ordinator 1 projek, so saya kata ok. Masa tu saya tak tahu yang dia akan bawa QS kami ke site JB. Bila saya dapat tahu, ia membuatkan saya cukup tidak puas hati... Satu masa dulu, saya cukup stress bila semua kerja saya yang buat, tapi bila dah ada QS kami rasa lebih lega.. Diulangi, kami, bukan saya sahaja...

Sebab asal AIM memerlukan QS adalah supaya kami, co-ordinator dapat fokus kepada semua perkara penting yang perlu dijalankan didalam satu-satu projek,technically & contractually.. Tanpa perlu memikirkan resources...Tapi kini, nampaknya QS adalah berfungsi sebagai bos ast? Mmmm...Pada mulanya saya rahsiakan tentang ketidakpuashatiaan ini daripada sorang lagi co-ordinator. Kerana dia juga merangkap pengurus yang mana bos akan berbincang dengan dia, dengan itu saya jangka ia mungkin datang dari usulannya.Namun akhirnya saya nyatakan juga kepada dia.. Tapi diakhir kata saya katakan, just wait and see what happen.

Kami sudah selesa bekerja bersama. Tugasan saya (technically) bermula perlahan ketika mula projek, memeningkan ketika projek dan rancak bila nak habis projek. Saya memerlukan QS untuk memastikan resources ada & teratur. Saya pula dapat menumpukan sebarang masalah ditapak. Tapi kini, all is carry by me.. My boss give others monkey to me.. wonder why..

Samada bos hendak memberikan satu pengalaman baru kepada staff baru dan terus-terus memberi tekanan kepada staff lama..Saya tahu bagaimana tekanan yang pernah saya lalui dan saya pernah ingin berundur saja dari semua tu. Namun kesabaran saya yang luar biasa (yang turut diakui oleh bos saya), saya masih terus melangkah walaupun terpaksa 'drag' kaki ini hingga kegarisan penamat. But nothing impossible. Saya juga ada impian lain selain apa yang saya dapat sekarang. Jadi, jika apa yang ada sekarang hanya akan menyebabkan diri ini terus begini, saya mungkin akan back off.

Apa impiannya? Biarlah rahsia...

Dan untuk makluman, saya sekarang ni sedang murung... Burung murung itu adalah saya hahahaha..ops monkey murung Pouty







Tuesday, July 3, 2007

Ape-ape Lah

Mula-mula cam ada point, tup-tup hilang point oleh itu akan simpan dalam draft buat seketika ahak ahak ahak

OK... cerita tentang rezeki AIM yang semakin murah.. Alhamdulillah... hasil usahasama semua warga AIM, kami diberikan kepercayaan untuk membina bangunan rumah kedai di Bandar Baru Tampoi, Johor. Akan memulakan kerja pada 16/07/2007 ini.. Alhamdulillah... Syukur atas rezeki yang diberikan kepada kami dan keluarga kami...

Oleh kerana sudah ada dua projek bos buat semula rangka baru... Hmmm.. itu yg kurang gemor le... bukan ape, rasany apa yg dah on sekarang macam ok.. ye lah, mahkamah pun tak boleh 2 kes jalan 1 kali... ini kan pulak otak aku ni... adeh adeh adeh.. skarang bukan projek below 5M, semua above 5 million.. lum lagi masuk bab2 NSC... cam penin pulak bila fikir sekarang.. pada aku, better let this kind of flow work before come out with the new one... think think think...

Oleh kerana juga rasa dah penin, sok je lah aku sambung lagi ek...

Monday, June 11, 2007

Me, before & now..

Kenapa ingin saya berkongsi dengan anda siapa saya dulu & kini? Sebab saya ingin menyatakan masa mengubah kita, tapi yang penting adalah prinsip kita...

Kenapa kini saya ingin berkongsi cerita? Keran sepanjang minggu lepas saya menjadi trainer kepada trainee dari Universiti Teknolosi Tun Hussein Onn Malaysia... Saya pandang dia seperti memandang diri saya.

Dulu, saya seorang yang tiada keyakinan diri. Takut untuk menyuarakan pendapat, takut berinteraksi, takut untuk menegur orang. Saya takut untuk melakukan kesalahan juga takut untuk melakukan kebaikan... Rugi betul bila difikirkan sekarang. Jika saya tidak seperti itu, saya tentu seorang pelajar cemerlang... Sebab saya bukan seorang yang bodoh, saya seorang yang mudah menerima ilmu dan saya rajin membaca juga memahami sesuatu perkara. Kini, saya boleh berbicara dengan mana-mana orang atasan walau mengambil masa termasuk membuat lawak selamba. Menyebabkan orang selesa untuk berbicara juga berinteraksi. Tidak seperti dulu, terkadang macam diketepi.. isk isk isk..Oh, jangan lupa, meng'cover' kesilapan kata hehehehehe...

Dulu saya juga seorang yang peramah tapi tidak seperamah sekarang. Saya peramah pada orang tua, takut menegur orang muda. Saya masih seperti itu, memberi salam pada yang berusia tetapi hanya mampu senyum pada yang muda..Cuma kini, saya boleh beramah mesra dengan selesa, tidak mudah perasan (hehehehe) dan dapat menerima lelucon yang keterlaluan. Cuma apa yang jelas kini saya tanpa segan silu membantah jika yang diutara tidak kena pada pandangan saya (termasuk dengan bos saya! erk... mungkin kah gaji akan dipotong sob sob sob)

Dulu saya seorang ahli keluarga yang pasif. Tidak gemar untuk menyertai ibu bapa saya kemana-mana, Ketika usia 8 tahun, saya sudah gemar untuk duduk rumah saja. Hanya mampu senyap bila ada perbincangan keluarga. Hanya memendang kosong. Tapi kini, saya lah tempat emak dan abah untuk berbcara. Mungkin kerana yang lain telah berkeluarga. Tapi saya kini bukan seorang penyepi bila mendapat tahu masalah keluarga malah saya adalah anak saudara yang paling banyak berbicara dengan ibu-ibu saudara saya... Gossips... Ahak ahak ahak.. cuma tiba bab "bila nak kawin?" hanya senyum je yang berbicara..."nantilah... tunggu...".

Tapi itu yang positif, kini apa yang saya kecali ialah saya selalu sangat punya pandangan negatif. Kebencian saya pada sesorang akan menutup minda saya untuk melihat kebaikan individu itu. Sejak pandai berbicara & berinteraksi, saya sentiasa diri ini betul sehingga terkadang saya bingung (sila rujuk tajuk2 yang lepas). Kesabaran saya juga mudah padam namun masih dalam keadaan terkawal kemarahannya... Tapi, beware... saya pandai sangat menyindir...

Jadi, pada trainee itu saya pesan supaya yakin diri. jangan malu bertanya dan jangan takut jika silap. setiap kita ada yang boleh diminta tolong untuk menyemak jika kita ragu. yang penting kita tidak takut pada orang. berlori-lori ilmu yang kita boleh dapat....Sebab saya sudah rasa ruginya tidak punya keyakinan diri.. Jika nak join PLKN, sila layari blogspot her life her journey yang saya link kan pada blog ini...

untuk perhatian, cari kenyakinan, berdoa untuk yakin pada setiap keputusan, mengharap keyakinan membuahkan kejayaan dan menunggu kejayaan datang hasil keyakinan... Heart Shell





Thursday, May 24, 2007

salam & nasihat

Lama dah nak berkongsi beberapa pesanan yang telah didapati dari sejak bulan lepas...Kisses


Majlis MaulidurRasul di Surau Kampung Pt Permatang Senggarang pada 7hb April 2007:

1) Umat Islam hendaklah meraikan Maulidur Rasul dengan mengadakan sambutan yang mana ia dimulakan dengan memuliakan Rasulullah dan mengingati Allah (dengan Marhaban, berzanji dan membaca al-Quran), bersedekah yang turut melibatkan makanan dan minuman hadirin,serta menyampaikan pesanan Rasulullah dengan ertikata lain memanggil alilm ulama memberi ceramah.

2) Apabila seorang suami mengerjakan solat berjemaah di Masjid atau Surau, Allah akan kurniakan juga kepada isterinya... Mmmm.... Kena rebut nih...

Banyak lagi tapi dah lupa... sedih juga sebab tak ambil note.. Itulah aktiviti bila balik kampung terutama bila kena dengan waktu sedang sibuk MaulidurRasul.. Seronok duk kat Senggarang tapi mak nak pindah... No sedih le jugak nk tinggalkan tempat saya membesar...

Dalam awal Mei pula (14/05/2007 check diary ahaks), bos bagi ceramah motivasi... mana tak nya, saya mula murung tak pasal-pasal 1 opis terlibat, 3 staff admin ni le, mija,kzura & saya. SIBUK ITU MALAS... maksud tersirat, saya ni malas le.. mula-mula tak boleh terima... asyik kena smash je, semuanya tak kena tapi akhirnya dalam sibuk menyonteng nota (rude but that me. siap kena marah tapi saya degil juga tangan tak berhenti menulis) saya dapat kesimpulan, malas saya ialah saya malas kacau orang. malas call JKR, public authority,site person dll... Mmmm ye, sibuk itu malas... Tapi saya tak boleh terima bab kena marah sebab menulis & menyonteng. Provenya, saya ni terdidik untuk mengambil nota setiap yang dia kata (cam secetary le) tapi otak masih proses apa yang didengar. Not a bulls*** untuk otak saya digunakan untuk dua kerja dalam satu masa. Dan bukti seterusnya, saya lebih faham apa yang bos cuba sampaikan dan setiap apa yang dikatakan nak dibandingkan dengan yang lain. SNOB! nak buat camne, itu realiti...KENAPA SAYA MURUNG? SEMUA KERJA NAK SIAP CEPAT! Last2 baru selesai semua (11/06/07)Spaz sebab semua orang lain yang terlibat SIBUK! Malas juga mereka ye hahahahaha.


Apapun, dont carry other's monkey at your back pesan bos... Tapi camne ye kalau monkey2 tu lebih suka dijaga oleh saya atau penjaga monkey lain tak reti nak jaga monkey yang telah diberikan? well im a 'monkeys sitter' hahahahahaha... Monkey 2 one monkey, two monkey...(monkey cute yg sekor ni Monkeymonkey saya Smile ). Tadi (11/06/07) juga baru saya serahkan 'monkey' orang... fuh... ringan sikit bahu...








Tuesday, May 8, 2007

studi

Ramai teman2 yag further study..

saya rasa dah tak berdaya nak further study tapi semakin banyak yang saya dapat saban hari. Malah setiap hari peluang belajar dari pengalaman semakin mencabar. sehinggakan seorang penyabar ni dah pandai bertelagah dengan bos... Impact maxima. dah 2 hari muka serius je ni. stress mungkin tapi pantang serikandi mengalah.ramai yang bertanya bila nak bekerja sendiri, menggunakan masa mengikut diri, menikmati hasil kerja dengan sepuasnya. tunggu lah akan sampai masanya.

jadi bagi teman-teman yang berkerja pula jangan cepat mengalah. setiap yang terjadi, masalah yang dihadapi anggap ia ujian dan dengan itu kita akan sedar Dia sentiasa memerhati kita dan bersyukurlah. bagi yang bekerja & belajar, saya tabik dan berusahalah bersungguh2.

kalau yang masih buat further terkenang U sebab masih belajar, saya pula akan sentiasa mengimbau memori di UTM setiap kali melihat siswa siswi di IPT, UTM skudai, UPM dan sekarang USIM, tempat projek2 yang saya jalankan menyebabkan setiap stress atau tekanan yang saya hadapi hilang. kerana saya berada diposisi ini selepas saya pernah berada diposisi siswa siswi itu. dan saya yang memilih untuk berada diposisi sekarang ini untuk implikasikan segala yang saya belajar. hampir semua telah digunakan dan ada juga terasa sedikit rugi apabila ada ilmu yang saya tidak dalami sebaiknya dan tidak dapat menggunakannya. oleh itu, belajar lah sebaiknya jgn untuk mendapatkan sekadar segulung pengiktirafan.

Tuesday, May 1, 2007

Merayau..... part 2

Merayau ke blog ajai, lihat klip video dari AF5... buat saya menangis simpati. bukan sedih tapi simpati. kenapa Astro buat camtu pada Aswad. Maybe dia boleh terima tapi kalau saya bengang le jugak. Mungkin kita telah redha & pasrah bila kedua ibu bapa telah pulang kerahmatullah. tetapi dengan cara seperti itu membuatkan seperti diri kita kekurangan bila sudah tiada ayah & ibu.

Alhamdulillah, saya masih punya ayahanda dan bonda yang tercinta. Oleh kerana dunia saya ni agak kecil, dunia realiti lah sebab dunia cyber+realiti ada ramai; x ajkk1 & msn goup, saya sendiri pernah menangis sendiri bila berfikir jika ianya terjadi pada saya. Dalam syarikat ini hanya 3 orang perempuan yang berkerja dan kami tinggal serumah, saya sahaja yang masih punya keduanya. Mereka berdua hanya ada bonda. Jadi saya agak berhati2 apabila berkata-kata tentang ayahanda. bukan apa, sedih lihat muka mereka yang agak berubah bila saya berkata-kata tentang abah.. Ye, mereka berdua adalah anak yang rapat dengan bapa jadi agak terasa bila isu ini diperkata. Namun, dalam keluarga saya, abah saya adalah penjenaka dan dia lebih banyak berjenaka daripada berbual tak seperti bonda yang lebih serius menegur, jadi agak jarang saya punya cerita tentang ayahanda yang tercinta. Ayahanda saya penyabar, penjenaka tapi agak pediam bila dirumah. Mungkin sebab dah ramai sangat yang banyak bercakap dalam rumah tu jadi dia lebih senang melayan tv bila di rumah jika dia tidak perlu ke kedai, ke Surau untuk solat berjemaah, atau tidur.. Ayahanda saya agak uzur malah ada komplikasi pada paru-parunya. Apa yang sedih, ayahanda saya kurang makan sejak dia sakit dan dia semakin kurus. Saya hanya berdoa agar saya diberi peluang untuk berbakti kepada ayahanda dan bonda selama yang boleh dengan sebaiknya.

Jadi bila saya teringat ayahanda dan bonda, saya tak lupa sedekahkan fatihah buat ayahanda dan bonda teman-teman, nenda-nenda saya serta umat Islam yang telah pulang ke Rahmatullah. Jangan lokek bersedekah fatihah yang tidak langsung mencuri masa anda.

Mencari keredhaan Mu, Berdoa untuk keredhaan Mu, Mengharap keredhaan Mu dan Menunggu...? Keredhaan Mu tidak perlu ku tunggu kerana aku yakin diriMu sentiasa memerhatikan ku.. Pasrah pada Mu ya Allah....



merayau...

Words and music by Jacques Brell

Ne me quitte pas Don't leave me
Il faut oublier it 's neccesary to forget
Tout peut s'oublier everything you need to forget
Qui s'enfuit deja which is already over
Oublier le temps forget the times
Des malentendus of the misunderstandings
Et le temps perdu the lost time
A savoir comment to know how
Oublier ces heures forget the hour
esQui tuaient parfois which sometimes kill
A coups de pourquoi the reasons why
Le coeur du bonheur the heart full of joy
Ne me quitte pas Don't leave me
Ne me quitte pas Don't leave me
Ne me quitte pas Don't leave me
Ne me quitte pas Don't leave me
Moi je t'offrirai I offer you
Des perles de pluie pearles of rain
Venues de pays coming from countries
Ou il ne pleut pas where it never rains
Je creus'rai la terre I will cross the world
Jusqu' apres ma mort untill after my death
Pour couvrir ton corps for to cover your body
D'or et de lumiere; with gold and bright light
Je f'rai un domaine I will give you a kingdom
Ou l'amour s 'ra roi where LOVE will be king
Ou l'amour s' ra loi Where LOVE will be the law
ou tu serais reine and where you will be queen
Ne me quitte pas Don't leave me
Ne me quitte pas Don't leave me
Ne me quitte pas Don't leave me
Ne me quitte pas Don't leave me
Ne me quitte pas Don't leave me
Ne me quitte pas Don't leave me

Ne Me Quitte PasFrom the Spanish CD single for Why Should I Cry for You and the UK and Canadian CD singles for Shape of My Heart

http://stingetc.com/nemetr.shtml

copy ini untuk masuk dalam comment blog ajai tapi ntah kenapa tak boleh buat entry so me paste it here.... one of music used for soundtrack filem Muhsin....

Tuesday, April 24, 2007

All Alone...

Salam...

Hari ni all alone tu untuk menyatakan sekarang ini saya sedang berseorangan didalam pejabat yang semakin hari semakin berubah... mula2 telah ditambah partition atau seorang teman opis memanggilnya participant... :)) terbahak2 juga ketawa hingga kini.lebih privacy keadaan kerja sekarang cuma payah hendak berbicara... kemudian akan ditambah fix rack & table...

Kemudian bos asyik bising tentang kepenggunaan komputer dalam pejabat ini maka dengan mengambil inisiatif setelah duk tolak kiri kanan depan belakang tak gerak, saya panggil orang buat networking. Mana taknya, sayalah yang paling teruk kena kacau sebab di komputer ini sahaja yang ada internet, pencetak yang cantik cetakannya dan microsoft project untuk jadual kerja tapak. Belum lagi dikacau untuk autocad sebab komputer ini saja yang boleh diupgrade sesuka hati. Network 3 komputer, 1 set komputer baru & 1 cpu baru. Yes! selain tiada gangguan (walau masih ada minor gangguan) kalau tadi partition menyebabkan sukar untuk berbicara dengan k.zura kini kami ym je... yesh....

Berita baik lagi, 2/5/2007 akan ada QS yang mula bekerja... Yahoo....!! sukanya hati ini. Fresh graduate dari UTM Skudai (B.hons of Qty. Surveying)

Dibawah ini pula untuk renungan alone people like me.. well me single but not available tapi masih bersesuaian ler...


Renungkanlah sedalam-dalamnya. ...

Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah. Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda. Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya pula, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik. Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya. Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "

Seorang teman pernah berpesan.."Kadang2 Allah sembunyikan matahari..Dia datangkan petir dan kilat..kita menangis dan tertanya-tanya,kemana hilangnya sinar..Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "

Mmmmm... kenapa ye saya bercerita tentang ini... Seorang teman yang lama bercinta telah bertunang, walau bukan dengan orang yang dia lama bercinta. Seorang teman yang lama bersendiri sudah punya kekasih hati dan saya.... well u know me... Cuma bicara saya pada teman ialah jika ingin berkahwin kerana Allah & Nabi maka tanamkan dalam hati & jiwa niat untuk tergolong sebagai umat Rasulullah S.A.W kerana ada hadis Rasulullah yang mengatakan orang yang tidak berkahwin itu bukan umat ku. Bagaimana untuk mendapatkan syafaat Nabi jika kita bukan umatnya....(kata2 oleh ustazah Siti Nor Bahyah masa rancangan Gedik Santai berkenaan bujang terlajak)

Monday, April 23, 2007

All the way...

Hmm... banyak yang terjadi yang menjadi iktibar dan sejarah yang tak dapat di lupa.

Macamana nak mula ye...saya pernah bercerita tentang kehilangan duit kan. Sebenarnya lepas tu saya kehilangan lagi RM 50 + RM 50 + RM 15. Dikala saya telah dapat memastikan bagaimana kehilangan2 ini berlaku (termasuk kepada kak zura) , pada Mac 26 saya balik daripada site dengan keadaan yang sungguh letih, saya lihat pintu rumah tidak berkunci. Baru saya nak menjerit "wey korang nak kena rogol ke?" (ayat klise bila diorg lupa tutup pintu dgn rapat atas sebab tergesa2), saya lihat keadaan ruang tamu berselerak dan lap top kompeni dah hilang.

Masih cuba untuk bertenang, saya hubungi teman2 rumah untuk mengetahui apa yang sebenarnya terjadi. Last person out, is the newest roomate which i expect stole my money.. Dia pergi IJN sebab auntie dia sakit & dia promise balik malam tu tapi sampai ke pagi dia tak balik2. Saya dan kawan2 lain pergi buat police report. Housemate yang lain dah berasap, so pagi berikutnya kami tukar mangga in case dia lari. Dia tetap balik, samada dia balik sebagai orang bersalah untuk melarikan diri atau balik untuk membuat explaination saya pun tak pasti.

Dipendekkan cerita, kami suruh dia keluar. Dia adalah ibu tunggal & telah mengajar anak dia banyak perkara yang negatif. Malah untuk menjelaskan keadaan dia sanggup jumpa bos kitorang. Imagine, story dia lari skit dari yang dinyatakan pada kami pada hari sebelumnya. Yang pasti, until today dia tak pergi balai untuk buat laporan.

Sebagai pengajaran, don't judge a book by it cover. Actually cover pun tak berapa elok ler, free hair, kononnya nak kurangkan sewa & tolong ibu tunggal rupa2nya rasa jadi tunggul pulak kitorg. Lepas dia keluar rasa aman pulok.. tak terbeban rasa dikepala, mungkin Allah tak mahu kami bersubahat hal-hal yang tak elok.. Sempat le sekolah kan akak tu sebelum dia kuar...

Then... kami masih menunggu bonus yang tak kunjung tiba... Hmmmm... dah tiba tahap praying...hoping....waiting.... before getting...sebab dah searching sources untuk dapat bonus... 2 tahun beb..

Oh ye, last Saturday 21/04/2007 is me & zura historical day. 8 tahun kerja di AIM Concept Sdn Bhd tapi tak dapat nak celebrate sebab saya diserang senggugut yang paling kronik... Tapi kesakitan itu mungkin tanda usaha saya untuk merawati diri berhasil... Kalau betul berhasil mungkin boleh saya kongsi bersama formula itu...(untuk perempuan sahaja..)

Friday, March 23, 2007

Appear....

me copy cat? kalau berkenaan dengan blog ni saya banyak copy cat hehehehe bukan apa, macam yang pernah dikata dalam satu wadah nukilan apabila kita memandang makanan dipinggan orang lain nampak enak, kita nak jugak.... heheheh

tapi saya tidak suka nak jadi copy cat. Saya suka mix & match. Selagi sopan baju tu saya akan pakai.. Tapi taste saya ni taste mahal le pulak... Kasut atau baju yang betul-betul saya berkenaan berharga RM100 ke atas... Sian le sapa yang jadi hubby saya ek hehehe tapi saya akan cuba untuk menahan nafsu untuk tidak membelinya.. Terlalu mahal rasanya terutama untuk sepasang kasut jika ia berharga RM 200 ke atas. Tapi masih berharap ia boleh jadi barang hantaran ;) hehehehe..

apa pun. be myself ek.

Friday, March 16, 2007

Bla bla bla

Dimana kan ku cari ganti...
Kenapa ayat atas tu? Entah le ek kenapa sebab tak tau nak start camne.. Apa pun bila online sepanjang dua minggu ini,mula-mula check email, Yahoo & Hotmail. Lepas tu ada masa ronda-ronda cari info untuk barang-barang untuk quotation atau ke mana-mana laman web public authority yang diperlukan (JPP,SYABAS & JKR) . Ini le bila ada projek nak start dan ada projek nak handover... Paling pening adalah berurusan dengan JPP & SYABAS.. Sungguh belum berpengalaman. Pegi sana tolak sini, kol sana, rujuk sini...Tengah sibuk-sibuk menguruskan hal-hal legal ni kena pulak coordinate start Projek di USIM.. Alhamdulillah rezeki yang Allah beri tidak pernah putus... Berkat doa kami (staf2 opis) dan keluarga kami mungkin... First pojek as contractor Class A.

Namun apa yang menarik ialah menjengah blog ini kemudian pergi merayau ke blog teman-teman especially Khairyn.. Mungkin sebagai seorang penulis yang berpengalaman (reporter) penulisannya cukup untuk menjana minda.. Thanks sis.. Namun kesibukan bermula awal Mac lalu hingga hari ini menyebabkan saat ini barulah punya masa untuk menukilkan kata, menjana minda. Check email pun from explorer tak masuk pun mesengger, rindu juga nak berborak dengan angah. (sorang lagi reporter dalam hidup saya).

Ramai juga penulis-penulis yang saya kenal rupanya. Motivator seperti Greng dan Bonda Daisy yang baru saya gather-gather 25/02/2007. Ketika gathering itu selepas semua mula mengangkat punggung meninggalkan saya,Ritos,bonda Daisy, MJ dan Saiful, kami pergi menyambung borak di Cucur KLCC. Mendengar bonda bercerita tentang penulisannya... Amaze.. Minat juga menulis tapi penulisan yang tak pernah habis..Hehehehe hanya 4 cerpen yang boleh dibanggakan. Tapi tak le publish dimana-mana sekadar tatapan sendiri, kawan-kawan dan sebuah yang jadi tatapan penghuni kolej pertama UTM pada tahun 1997 dalam majalah kolej. Pernah juga hantar sambungan cerpen yang telah dipapar dimajalah itu kolej kepada angah tapi ntah le dia guna atau tidak. Atas permintaam dia untuk saya menulis cerpen untuk majalahnya. Kalau dia publish pun mungkin saya tak terbaca sebab saya memang sudah kurang membaca majalah-majalah dipasaran. Yang saya baca hanya akhbar & Conan. Penulisan saya adalah sempoi dan tanpa ada struktur penulisan yang baik. Senang kata bantai saja dengan orang kata bahasa remaja. Jadi mungkin ia bukanlah satu hasil karya yang dapat melepasi kehendak sebuah majalah komersial.

Menulis pendapat pun hanya tersiar sekali ketika usia 16 tahun, kalau tak silap saya,dalam majalah Kosmik. Bangga juga kerana pertama kali melihat hasil yang tanpa saya sangka menjadi pilihan untuk dipaparkan. Ye, saya memang suka memberi pendapat dan yang paling menarik, saya sentiasa mencari seorang yang boleh mematahkan pendapat saya, yang bermasud menyatakan bahawa pendapat saya salah dan perlu diubah. Pendapat saya lebih bersifat general yang mana jika diminta untuk diberikan hadis. nas, atau komentar bijak pandai tidak lah dapat saya nyatakan apa-apa. Kerana itulah saya terkadang tertanya-tanya benarkah pendapat saya. Sebab itu, saya pernah menyatakan saya senang dengan seseorang yang telah bertahta dihati saya sekarang kerana dia dengan tanpa takut menyatakan saya salah. Tanpa rasa gusar menyatakan saya selalu ingat saya betul.. Saya perlukan seseorang seperti itu supaya dapat menarik saya untuk berpijak dibumi yang nyata. Ini kerana saya, diluar waktu kerja, duduk didalam kelompok yang selalu menyatakan ye pada pendapat saya, tapi saya dengan selamba terkadang tidak menyokong pendapat mereka tapi dengan gusar pula mengatakannya takut ada terguris hati.

Tapi bila diamati, saya bukanlah seorang yang ingin menjadi hipokrit. Malah saban masa saya terasa cara saya berubah. Cara berkata-kata dan melontarkan pendapat terkadang lebih selamba. Mungkin kerana, jika dulu yang berada disekeliling saya ingat saya dalah orang yang tak punya perasaan marah, sedangkan saya adalah seorang yang boleh dikata garang le jugak. Contoh? Saya pernah biarkan alim diluar rumah ketika malam hanya kerana dia terlalu nakal dan terlalu asyik bermain daripada belajar sedangkan dia baru berusia 6 ke 7 tahun masa tu. Dera?Saya tak rasa begitu. Saya tidak biarkan dia sehingga meraung berpanjangan hingga lebih 1/2 jam. Itu adalah pengajaran setelah ditegur 3 kali secara lembut. Jadi, disini, mungkin setelah 8 tahun bekerja, setelah beberapa kali saya cuba menegur (menyindir) cara lembut tetapi tidak jalan yang akhirnya membawa kepada bertekak, walau depan bos, mereka sudah kenal bahawa saya bukanlah seorang yang tidak berperasaan marah.

Mungkin kerana prinsip telunjuk yang bila dilepas 3 jari lagi menghala kepada kita, saya tidak dengan mudah menunjukkan marah tapi lebih kepada diam, menyendiri, menyalahkan diri dan menenangkan hati/meluah pada yang ingin mendengar dan kemudian saya muncul dengan cara cool. Cuba bayangkan, masakan selepas saya bertekak dengan seseorang saya boleh berbaik dengan dia dalam masa 3 hari. Ye, 3 hari tidak bertegus sapa akan memuuskan persaudaraan, dan kerana tahu tentang hal ini saya cuba untuk tidak terlalu mengikut perasaan. Tapi jika saya tidak suka pada seseorang, tiada yang dapat menghalang saya untuk menunjukkan secara percakapan, body language atau peradapan.

Wah panjang saya menulis. Sedang membuat claim sebenarnya. Saya kini sedang menggunakan SE Z558i menggantikan W550i yang telah dicuri. Baru nak claim dengan bos ni. Z558i & W550i mempunyai 'isi perut' yang sama tetapi badan yang berbeza dan otak yang tidak sama. W550i lebih besar tapi fizikalnya lebih pelik (itu yg saya suka) dan memori yang hanya pada phone saja. Z558i pula lebih slim & tipikal flip phone yang boleh dimasukkan memoi kad. Yang penting ialah FM radio untuk menemani saya ketika travel (kerja & balik kg). Kerana minta pada muzik pelbagai menyebabkan MP3 bukan satu kemestian.

Tuesday, February 27, 2007

End of Febuary...

Ari ni dah 28hb... busiest week... Start naik cuti tu x le busy sgt tapi ari Jumaat dapat keje baru.. Oleh kerana technician JKR ada hal, untuk dapat cepat APK kena buat sendiri.. Dan bos minta siap hari Isnin.. peh.. masa tu teringat nak gather gather ari Ahad tu.. Dan start hari Jumaat tu xde selera makan. Rasa nak muntah smua yang di telan. Tapi makan tetap makan, nanti gastrik ke apa ke sapa susah. Sendiri susah... Alamak kena gi meeting sendiri.. sambung nanti..

Gathering on 25th memang seronok.. miss them so much sebenarnya sebab dah lama tak online & my hotmail dah terminate for sometime. yang hadir 10.15, our (saya le tu) bawa dadih jagung & plate, 10.30 melati sandwich seefood & 6 air kotak (je?), 10.45 bonda daisy dan buah mata kucingnya, 10.55 greng & family mula2 tak bawa apa2 tapi lepas tu beli kfc & air kotak, 11.10 izinni & children hotdog, roti apa ek namanya (arabian), 11.30 lady doc & family spaghetti, 11.45 ritos and fren, saiful, roti jala bersama 3 jenis kari (ayam,daging & sardin) last but not less mj and son 12.40 (biskut & roti)! mj mj, kalau tak kerana dikau di Nilai, lama dah aku ni cabut.

Talk about our life. get along and keep track from the past. Tertanya2 mana menghilang peng & popcorn. menyampaikan salam dari yang tak dapat datang kerana ada hal (acik & sape ek lupa le pulak nama start macam s), salam dari kejauhan (azlan [terengganu], ayahanda nadimputra [Singapura] & khairyn [gloslow,U.K cam ne nak eja ek] & gendul [jb]), salam dari wira yang baru mendapat cahaya mata kedua setelah menunggu sekian lama untuk menambah warganegara Malaysia & dari Malik yang sedang bermuhasabah & muzakarah di masjid kg baru.

Itu ari 28 hb. & 25hb Febuary. Hari ni dah 5 Mac 2007.. Dua minggu lepas saya hilang RM100, hari ini saya hilang handphone... :( Modus operandi, 2 orang Indian (sorry kalau ada yang terasa tapi ini realitinya) datang menyatakan mereka menjalankan aktiviti cuci kereta untuk bayaran RM30 sebulan. Sorang minta name card sorang lagi merayau2 sekitar opis. Saya berada didalam tandas, so kawan satu opis ada sorang je, yang sorang lagi berada dibilik meeting dan bos kat bilik dia. Area ni cuma saya & k.zura je. miza tiada diopis. K.zura berjaga2 juga tetapi memandangkan dia pun mungkin tak perasan handphone saya ada atas meja... Tak lama, lebih kurang 5 minit sahaja sebab lepas selesai dalam toilet saya ambil wudhuk untuk solat Zohor.

Sebelum solat, mean kuar dari area toilet, k.zura kata ada 2 org yang suspecious datang. Dulu dah pernah terjadi, 3 orang budak, India jugak. Datang kata jual stationery. Lepas dua hari baru perasan kami punya digital camera hilang. Saya tak teringat berkenaan handphone cuma terpikir untuk check tingkap takut diorang bukak plan untuk rompak. Handphone saya most of time memang atas meja tapi biasanya meja komputer atau dalam laci. Tapi disebabkan tadi sebelum pergi toilet saya buat call & emergency ke toilet, saya betul2 lupa yang handphone tu di atas meja tulis. Sehingga lah my site person,mat, call tanya kenapa lambat reply sms suruh call dia. Bila dah jadi macam tu pun masih tak terpikir tapi mat tu suruh saya call tauke kren yang mana nombor taliponnya ada didalam handphone itu. Masa tu baru terperasan & teringat... Try call bunyi sekali then busy line. then 2 time dah masuk massage...

Tell u what, i cry teruk sangat sampai tersedu2...Mula2 mengalir je tapi dah tak tahan, masuk toilet nangis macam nak rak. First sebab marah, marah pada siapa? semua yang terlibat but as usual my mind tak boleh nak salahkan orang sangat sebab saya akan teringat banyak nya salah yang saya ada buat & cuainya saya tinggal atas meja sedangkan kita kena berpegang prinsip expect the unexpected. Digital camera tu hilang pun masa atas meja saya dan saya masa tu tengah solat Zohor juga.. Kesimpulannya, i never learn from the pas.

2nd sebab that phone are so precious.. Walaupun saya tak perlu keluar duit untuk beli (redeem bonus point DiGi) tapi banyak memori dalam tu. Phone number, picture, video clip & song/tone/sound record yang ada. Each one of them ada makna disebaliknya. Expecially video clip buatan sendiri hasil kreativiti anak2 buah saya yang saya jadikan penawar bila saya tensen... Feeling wont be same kalau nak buat lagi.. and my Game! argh.... tensen tak leh main game pipe...

Satu keje pun dah tak boleh buat ni... but have to be patience.. ni dah ok sikit. malam ni pergi KL Plaza ambil sim card baru.. yang kosong.. sekosong kosongnya... dah le my dairy tertinggal kat kg.. Nasib le jugak ada salin no JKR's officer dalam diari tu...

Besok kena pergi site untuk back up. Mus pergi kursus Niosh, abang syed pergi nilai so mat dah nak pengsan jaga site tadi... Need the phone but what can i do with out the save number.. baru plan nak guna system yang mana DiGi simpan nombor kita.. but... balasan bagi orang yang suka tangguh2 kerja agaknya...Hp bos suruh beli then claim tapi buat masa ni dia bg guna hp wife dia..sebab? sebab dia tanya tadi nak handphone apa tapi saya tak boleh nak jawap... rasa macam nak yang sama sony ericson W500i.. tapi bila pikir cam nak yang lebih kecil.. but.. better i think first.. kena ambik kira juga belanja beli charger. sony tu kat kg pun dah standby satu.. jadi better beli yang charger sama ek.. entah le... need time tu rest my head...

Mungkin juga sebab saya tangguh 1 perkara, zakat pendapatan... so saya kena paksa diri untuk pergi bayar zakat tahun lepas...tak boleh tangguh tangguh lagi...ini pun my dear yang tanya.. masa dia dapat tahu duit hilang, "ayang dah bayar zakat belum?" Ting! reallty my mistake...

Semoga Allah tabahkan hati ini.....

Wednesday, February 21, 2007

All along Febuary....

Rasanya bulan paling ramai sambut bday. 5hb, my angah, 7th my boss' wife, 13th alim, 14th my uda, 17th my sis zura's....

Dan paling pokai hehehehehe sebab balik kg 2 kali lagi..... dua bulan berturut2 mana nak cover expenses....

Apa pun, quite bad luck juga bulan ni.... someone stole my RM100, from my purse!, then terseliuh sikit kaki tapi tak le teruk sangat sebelum balik kg, gaduh/bertekak ngan officemate, then apa lagi ye... kena marah dengan bos if im not mistaken & nak order barang 2 kali! Semua terjadi dalam 3 minggu ni... Ujian atau hukuman... HambaMu pasrah...

Dalam pada itu, siap buat v.o & pelarasan tapi tak berapa complete... sengaja nak tengok macam mana cara diorang buat.. Biasa le, ada kena buat adjustment sana sini so ada beberapa yang sebenarnya perlu dibuat pelarasan semula, built up rate & culculations....

Dapat juga bunga2 cerita bonus tapi kalau sebulan bonus, rasanya dah tinggak suku.. tolak amount price tiles yang lebih di site dan telah dihantar kg... isk isk isk tapi tak pelah, kalau ikutkan memang dapat bonus nak kena beli tiles untuk rumah yang tengah renovate.....


Dan yang terindah adalah... my love..... ;)

25th ada gathering... harap dapat share story nanti... story cuti chinese new year ni? tiada cerita menarik sangat...

Thursday, February 1, 2007

Shopping.......

Ehem ehem dah seminggu tak ngobrol sorang2... last sunday merayau2 biase le orang bujang makan kat luar. merayau sekitar sogo & maju junction..

Sambil2 tu survey hand bag last2 spot beg sandang.... B.U.M.. Duit ada RM 100 je hehehe x boleh beli.. kena tunggu duit claim le gamakny....

Hari Isnin pulok...Sicklyisk isk camne nak uat report... migrain menyerang so terpaksa uat report hari selasa, meeting semalam... Alhamdulillah siap..

So hari ni, semalam dah dapat claim, apa lagi sakan.... shopping... Shopping 2hehehehe tapi kena beringat le sebab half the money kena bayo balik kat akaun simpanan... Tapi habis le gak half hehehehe beg BUM & handbag (kena beli gak sebab hand beg dah putus).. then beli buku rujukan Sejarah & Pendidikan Islam untuk Alim share dengan Amin.

This two boys dah duduk hostel. Last week kak Long cerita Amin tak betah duduk hostel. That boy biasa tidur 10pm tapi dia prep sampai 11.30pm. Then duduk pulak dalam bilik senior... Parah jugak sebab dia ngantuk dalam kelas... boring le dia . Tapi kak Long nasihatkan kena sabar & take time untuk sesuaikan diri... kita tak boleh nak ikut kehendak kita je.... well, boys should learn be indipendence as soon as possible. Tapi tak adil sebab hostel diorang ada washing machine.... Itu pun bila hujung minggu masih bawak balik baju kotor lagi.... Ngelat ngelat..

Malam semalam boleh pulak melayan Kuntilanak kat TGV KLCC... seram sejuk gak nak gi tengok. kalau cerita seram luar negeri ok lagi, ana yang paling berani lah.. tapi idak le seram sangat & terkejut sangat dan tidak mendatangkan effect untuk tidur malam... mmmmm lepas ni nak tunggu Jgn Pandang Belakang & Dukun... Syaitan? Tengok keadaan lah. Death Note II pun nak tengok jugak... Hmmm... bila ek...

Actually, hari ni sepatutnya kena masuk office buat V.O, actually compile documentation. Tapi tak de mood..But kena masuk gak. Biasa le jadi bodyguard.. Tolong k.Zura je lah...

Tadi balik dari shopping,dapat report tentang housemate dari pak & mak guard... Hmmm... what should i do... Siap kena marah lagi. PoutyPadan muka aku....

Nak start tulis tender..... Harap2 habis cepat leh masuk pagi2 esok untuk settlekan V.O...

Polar Bear





Awa & Azam

Daisypath Next Aniversary Ticker

Let Search

Let me check it out!